Wednesday, July 05, 2006

Sudu dan Benang

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding
boleh membawa perubahan yang besar terhadap
mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu
restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami
meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak
pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan
utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya.
Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan
restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka.
Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku
bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas
mengupah juruperunding ABC untuk merombak
perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji,
mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu
terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja
sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka
kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja
pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang
setiap syif".

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan
pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di
poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa
saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak
habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip
seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum
pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di
zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan
suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami
boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan
mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh
menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami,
dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum
keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa
sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas
awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan
ia bal ik kedalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang
lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya
tadi."

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter