Wednesday, July 05, 2006

resume kamal

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar

25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Malaysia Airlines System
12 mei 2004

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p
831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang
teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh
tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu
saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang
petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja
disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR
adalah seorang ahli KWSP.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh
bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak
tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian
saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.Akademik.
Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK).
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh,
Perak.
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, KualaLumpur
(kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu).
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan
kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan
dapat
dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja
satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya
berjanji
akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang
kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan
ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini.
Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya
saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh
ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman
tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai
dan
pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak
akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil
sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah
penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak
mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan
yasin.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter