Wednesday, July 05, 2006

kamil si pengantin baru

Kamil merupakan pengantin baru yg baru sahaja melangsungkan
perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya. Pada hari berlangsungnya majlis kenduri kahwin, habis dibedalnye semua makanan pengantin bak org kebulor 10 hari tak makan. Tak dikiranya mak mertua ke sedara mara ke.
yang penting dia dapat merasai kesemua makanan pengantin yang khas di buat untuk raja sehari.
"Bila lagik aku dapat merasa makanan punya sedap ni.kalau aku malu alamatnye lapor ler" bisik hati kecilnya.

Tiba malam selepas selesainya majlis kendara tu, perut si kamil nie memulas-mulas. Sampai kentut-kentut dibuatnya. Sakit perutnya di bawak sampai keesokan harinya.

Pagi tu mak mertua kesayangannya telah menyediakan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga. Keluarlah kamil dari biliknya hanya memakai kain pelikat supaya senang nak ke jamban kalau terdesak.

Sambil duduk bersebelahan isteri tercintanya di kelilingi oleh mak
mertua, bapak mertua dan dua org adik isterinya kamil menjamah sarapan pagi tu.

Tiba-tiba perut si kamil buat hal lagik. Nak ke bilik air rasa segan
lak, lalu dia pun melepas angin kentut se'slow' yg mungkin dan
kebetulan ade seekor kucing bernama cemong di bwh meja makan itu.
Mak mertua nye pun bersuara " cemong!"
Fuh lega sungguh hati si kamil kerana si cemong yg menjadi mangsa mak mertuanya. Sekali lagi perut kamil memulas-mulas lalu dilepaskan gas se slow seperti yang pertama tadi. "Cemong!" teriak mak mertuanya
sekali lagi kepada si cemong. Lega hati si kamil.

Sambil dok menghayati hidangan pagi tu, Kamil sekali lagi buat
hal.dekkerana sebelum nie dah dua kali dilepaskan gas, dan mangsanya si cemong, kamil dengan selamba buat dek melepaskan gas dengan sekali hembusan.

Kali ini mak mertuanya berteriak " Cemong, beralih ko dari situ, kang di beraknye pulak kat ko".

Alangkah malunye si kamil mendengar ulasan dari mak mertua
kesayangannye itu. ape lagik merah padam la muke si kamil lalu terus dia menuju ke bilik kerana 2 sebab. Pertama, malu sebab mak mertua sindir. Kedua, dia dah takleh tahan untuk melepaskan niatnya itu.

"Menyesal aku bedal sume makanan pengantin semalam" ujarnya sambil dok termenong dalam jamban .

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter