Saturday, July 01, 2006

6 Citer dalam satu (dah malas sesikit ni

Pulang awal

Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah
tidak seperti biasa

Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul
10.00 pagi.."

Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat.. lalu
disuruh pulang..."

Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu tu?"

Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"

-------

bayi nenek

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan2nya datang
berkunjung untuk
menjenguknya.

Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.

Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".

Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"

"Bila dia menangis".

"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?" >
"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..".

---------------

__________________________________________

NAMAKU
...............
Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya..

Guru : "Kamu ni murid baru kan ?"

Murid : " Ya.. cikgu"

Guru : "Nama kamu siapa?"

Murid : "Man"

Guru : "Nama panjang kamu?"

Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
nnnnnnnnn.. cikgu"

--------

PERKAHWINAN KERABAT

Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah....
Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku
Nazira..
Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih
kecil...

Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku
Nazirah...
Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah..

"Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu
kecil...
bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin...?"

Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab..

"Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami
hanya berkahwin sesama
kerabat sahaja..... Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara
berkahwin dengan emak sedara.. dan
bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan awak bukan kerabat saya
Khairul...."

---------

TEKA AYAM


Firdaus : "Apa yang engkau bawa tu?"

Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu tepat..
kesemua dua ekor ayam yang
aku baw a ini akan aku kasi pada mu!"

Firdaus : "Emmmm.. tiga kot..?"


------

PANADOL

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian
memasukkan sebutir ubat
panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...

Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".

Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..".

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter