Wednesday, July 19, 2006

Misteri Banglow

Misteri Bangalow Baru

Kalau ada yang sakit jantung tok sah baca citer ni................
Kisah terjadi lebih kurang dua tahun yg lalu. Mohd dan isterinya, Maria
baru saja berpindah kerumah idaman mereka. Sebuah rumah bungalow dua tingkat
dengan permandangan yg indah menghala ke pantai.
Inilah saat yg amat dibanggakan oleh Mohd kerana setelah hampir setahun
mencari rumah yg sesuai akhirnya ketemu juga, berkat pertolongan ejen rumah
nya yg cekap dan tidak berputus asa. Setelah berkemas barang barang dari
dlm kotak Mohd duduk berehat di ruang tamu sambil menonton tv.
"Abang nak kopi?" tanya Maria pada suaminya Mohd menganggukkan kepalanya
lalu tersenyum. Mereka berdua berehat sambil berbual bual tentang rumah yg
baru sehari mereka diami. Jam didinding menunjukkan pukul 11 mlm, angin sepoi
sepoi bahasa meniup ke dalam rumah mereka. Inilah kali pertama mereka dapat
rasakan angin laut dari rumah mereka sendiri. Selalunya kalau hendak menikmati
angin laut mereka ke tepi pantai, itupun kalau ada masa lapang, maklumlah masing
masing selalu sibuk dgn tugas di pejabat.
"Eh u tak tutup paip air di tandas ye?" tanya Mohd. "Uh? I tidak ke
tandas pun...hmmm" balas Maria sambil cuba mendengar bunyi air, "Eh iyelah, paip
air terbuka di tandas....alaahhhhh u pergi tengoklah, i penatlah"
Mohd bangun dari sofa lalu berjalan ke arah tandas untuk memeriksa paip air.
Ternyata sangkaannya betul, paip air ditandas terbuka, air mengalir dgn
derasnya. Ketika dia hendak memusing kepala paip itu tiba tiba.... "jangan
tutup!" Mohd menoleh ke arah suara yg baru didengarnya, tapi tidak ada
siapapun disitu. Dia terus tutup kepala paip tersebut.
"Aik? U buat apa? takkan tutup air pun lambat?" tanya Maria bila melihat
suaminya duduk di sofa.
TUP! Gelap....bekalan elektrik terputus. "Wat nowwwwwwww????" keluh Maria
"Alaah trip lah tu, takper u duduk sini, i cari torchlight" balas Mohd.
Mohd bangun semula, mencari lampu picit yg ada disimpanya di dlm laci di dapur.
Sedang dia meraba raba untuk mencari lampu picit, kedengaran bunyi air
mengalir dari tandas. Paip air rosak ke? tanya dia didlm hati. Berbekalkan
lampu picit ditangan , Mohd terus ke tandas. Sedang dia berjalan,
kedengaran bunyi seperti org membasuh baju ditandas. Setapak demi setapak dia
melangkah, jantungnya berdegup pantas, dia rasa tidak sedap hati.
"Kenaper bang?" Mohd tersentak dengan teguran Maria, "Issss..u nie..
tiba-tiba je timbul" "Kenaper bang?...eh?..i thought u dah tutup...." Maria
terhenti, matanya terbeliak, dia memandang ke arah Mohd lalu berbisik,
"there's someone in there" sambil jarinya menunjuk ke arah tandas.
"Shhhhhhh..i know" balas Mohd. Mereka berjalan ke arah tandas dgn
perlahan. Maria memegang lengan suaminya...langkah diatur setapak demi setapak hingga
mereka tiba di muka pintu tandas. Lampu picit disuluh.....dan alangkah
terperanjatnya mereka bila melihat ada seorang perempuan tua duduk di dalam
tandas sedang mencuci baju, badan perempuan itu membongkok ke bawah
membelakangkan mereka. Mohd dan Maria terperanjat, mereka tidak berbuat apa apa selain dari
memerhatikan perempuan itu yg asyik dgn membasuh. Selang beberapa saat
kemudian, perempuan tua itu berhenti, dgn perlahan dia menoleh ke arah
Mohd dan Maria yg masih tercegat di situ.
Lampu picit disuluh ke muka perempuan itu dan alangkah terperanjatnya
mereka bila dapati mata perempuan itu merah menyala dgn titisan darah mengalir
keluar dari mulutnya. Rambutnya putih panjang mengurai, muka pucat dan bibirnya
birat. Satu permandangan yg amat menggerunkan!
Perempuan tua itu tersenyum menampakkan giginya yg hitam. Maria
pengsan......Mohd gugup, mulutnya terkumat kamit cuba membaca ayat ayat suci
yg sudah sekian lama tidak pernah dibacanya. Angin diluar bertiup semakin
kencang, halilintar menyambar ruang angkasa diikuti dgn hujan lebat.

Tiba-tiba Mohd berkata..........."alamak macam mana aku bleh terlupa plak
yang mak aku ikut aku masa pindah kat sini............... Mulut dia yang
merah tu rupa-rupanya dia makan sireh, oleh sebab tengah basuh kain, sebab tulah
air liur die meleleh sikit.............(Maklumlah dah tua, tak boleh nak
control air liur sangat)

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter