Wednesday, July 05, 2006

STAINLESS STEEL

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang
melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior
yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah
pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa
membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang
penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan
semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai
meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?"
tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu
menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa
pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya
inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya
akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar
lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia
menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter