Wednesday, July 05, 2006

dua dua gila

Farid, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Farid lantas memanjang satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahkan Farid turun, Farid tidak mahu turun.
Datang pula pengarah hospital, "Farid!!Turun Farid nanti jatuh", katanya. Farid tidak mahu turun juga. Dipanggilnya pihak bomba, "Farid! Turun Farid, kalu tidak kami potong
tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu.Namun Farid tidak bergerak pun untuk turun.
Dipanggilnya pihak , "Farid turun Farid!"teriak seorang sarjan , kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Farid!. Farid tidak turun-turun
juga.
Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Pejal, seorang teman Farid dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu."Pejal!Harap-harap Pejal boleh tolong turunkan Farid dari atas tiang lampu" Tolonglah Pejal ya!
Jawab Pejal"Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Pejal dibawa kepada tiang lampu itu.Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Pejal! Pejal nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu."Ahh!Pejal nak gergaji!"Baiklah! Ambillah gergaji itu.
Lalu Pejal mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Pejal pun berteriak, Hoi Farid!!!Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!!
Mendengarkan amaran itu Farid yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital. Pemberita pun datang menemubual Farid. "Kenapa Farid turun bila Pejal datang sedangkan bomba dan datang Farid tak turun?
Jawab Farid; " ka bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Pejal ni apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Pejal tue GILA!

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter