Wednesday, July 05, 2006

perlu ke cinta

Cinta
Adakah manusia perlukan ia
Sebagai pelengkap kehidupan dunia
Sudah jadi lumrahnya
Cinta ada dalam hati manusia

Cinta
Adakah wujud cinta sejati
Cinta ikhlas kerana ilahi
Yang membuat kehidupan jadi beerti
Adakah ia kekal abadi

Cinta
Cinta sesama suami dan isteri
Yang terikat semasa perkahwinan suci
Yang membawa kepada kebahagiaan haqiqi
Menjadi penyeri rumah tangga diimpi

Cinta
Kadang-kadang ia menjadi manis
Ada waktu ia memerlukan pengorbanan
Yang ada dihati setiap insan
Semoga jangan lupa diri dan ilahi

Cinta
jangan mengikut cinta buta
yang tak membawa apa-apa makna
yang mempermainkan jiwa manusia
sehingga lupa tuhan yang esa

Cinta
jangan biarkan cinta manusia menguasai diri
cintalah pada tuhan dengan sepenuh hati
ketenangan hidup di dunia ini
kebaikan menunggu di syurga nanti

Cinta
cinta yang mengikut nafsu dunia
tiada yang kekal abadi
kecuali yang lahir dari hati
yang ikhlas semata-mata kerana ilahi

Cinta
keikhlasan cinta suami pada isteri
kejujuran cinta isteri kepada suami
membahagiakan rumah tangga suami isteri
semoga jodoh ditemui dipintu syurga yang abadi



p/s: marilah kita kita raikan cinta dengan sejujur jujurnya,cinta pada ilmu,cinta pada kekasih dan cinta pada tuhan yang maha esa

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter