Friday, July 07, 2006

Perompak yg berperikemanusiaan

Dua orang perompak Bun dan Ben telah berjaya menculik seorang ahli perniagaan yang baru mengeluarkan wang dari bank sebanyak 1 juta RM. Untuk menjaga keselamatan mereka berdua, Bun berpendapat adalah lebih baik untuk membunuh sahaja ahli perniagaan tersebut.

Ahli perniagaan itu merayu-rayu minta dikasihani. Ben yang lebih berperikemanusiaan tidak bersetuju untuk membunuh ahli perniagaan tersebut. Setelah bertekak sekian lama, Ben mendapat suatu idea yang bagus iaitu dengan membogelkan ahli perniagaan tersebut... sekurang-kurangnya mereka berdua sempat untuk melarikan diri.

Sekali lagi ahli perniagaan itu merayu supaya diberikan kembali pakaiannya.
"Tolonglah jangan biarkan polis menjumpai aku dalam keadaan tanpa seurat benang begini, aku sangat malu nanti"

Sebelum sempat Ben menyuarakan pendapat berperikemanusiaannya, Bun dengan segera menarik sesuatu dari poket bajunya untuk diberikan kepada mangsa mereka itu dan terus menarik tangan Ben keluar dari rumah untuk melarikan diri...

Setelah jauh dari tempat kejadian itu Ben bertanya
"Apa yang kau berikan kepadanya tadi..??"
Bun dengan selambanya menjawab
"Aku tunaikan permintaannya, seurat benang...."

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter