Friday, July 14, 2006

Punggung Janda Muda Basah Akhirnya

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri
di sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda
menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki
yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-
harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli
perniagaan yanmg berjaya.
Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia
bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak
menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini
kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun
pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada
minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan
penjagaan diri.
Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini
beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa
sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan.
Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan
elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali.
Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan
bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.
Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh!
Syukurlah!!!"kata Imah di dalam hatinya.Imah terus berlari membuka
tingkap rumahnya yang diketuk itu.
Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan
30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun
membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di
dalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu. Lantas, lelaki
itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.
Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak
suaminya meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan
jantungnya kian deras berdenyut.
Lelaki itu memimpin Imah berjalan. "Adik duduklah di sini"kata lelaki
itu. Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut
sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya
menjadi dingin. Dingin dan sejuk akibat air telah mula ,membasahi
punggungnya yang gebu itu.
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu
berkata" Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya
basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah
selamat!" Jawab Imah"Yalah!!Kalaulah abang tidak datang tadi, entah
macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik,
kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib
baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja., jadi
dapatlah saya menunggu di sini".
Lelaki tadi terus menghidupkan semula engin sampannya lalu terus ke
pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan.

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter