Thursday, September 28, 2006

-Ni Bukan Lawak- Sayangi ibumu..

Malam tadi aku terjaga di tengah malam, bunyi kereta yang lalu mengejutkan aku dari tidurku. Bunyi kereta itu jugalah yang memberhentikan mimpi yang paling menginsafi diriku. Aku bermimpikan pemergian ibuku buat selamanya. Mimpi yang paling menyegarkan aku dari kelewaan ini.

Dalam mimpi itu aku teresak-esak menangisi permergian ibuku. Dalam mimpi itu aku menyesali diriku. Sungguh aku berharap dia akan bahagia meraikan kejayaanku dalam pelajaran. Sungguh aku berharap dia dapat bergembira bermain bersama-sama cucunya; anak-anakku sendiri.



Aku selama ini tidak sedar. Aku tak pernah mendoakan kebahagiaan atau kepanjangan umurnya sesekali ku mengerjakan solat. Walaupun berlautan air mata berguguran dari mata ibuku memohon pertolongan-Nya agar diberikan kenikmatan terhadapku, tak pernah ku ucapkan terima kasih. Aku malu.

Ya aku malu dengan ibuku. Ibuku yang meminta wang saku untukku dari abangku tanpa rasa malu ketika aku berselisih dengan bapaku. Aku menangis ketika di sekolah rendah ketika ibuku berjalan kaki berpanas datang untuk mengambil kad laporanku. Bukan menangis kerana sedih kasihankan ibuku, tetapi menangis kerana aku malu. Ibuku hanya berpayung berjalan kaki. Tidak berkereta seperti orang lain. Aku tak pernah memintanya datang ke sekolah menengah mengambil kad laporan kerana dia sudah tua. Budak pandai ibunya sangat tua dan hodoh! Itulah andaianku. Tidak pernah ku hargai segala pengorbanannya. Tak pernah ku fikirkan betapa gembira hatinya melihat anaknya belajar dengan baik.

Tiba keputusan peperiksaan besar aku menelefon ibuku dari sekolah memberitahu keputusanku. Aku menipu ibuku dengan gred-gred yang rendah kononnya ingin membuat kejutan nanti di rumah. Namun bila tiba di rumah, air matanya mengalir. Betapa dia percayakan perkara dusta ku itu tadi. Betapa dia percayakan anaknya. Anaknya pula tak pernah memikirkan hati wanitanya yang lembut itu. Seronok dapat mempermainkan ibunya sendiri.

Abang-abangku semuanya tidak menetap bersama. Kalau datang berkunjung pun hanya sejam dua, setiap dua minggu. Di situlah aku sedar kegembiraan ibuku melihatkan telatah cucu-cucunya. Dia berusaha agar dirindui cucu-cucunya. Dia ingin sentiasa bersama cucu-cucunya. Kadangkala cucu-cucunya meminta agar dapat ditinggal bersama neneknya sehari dua. Betapa sibuknya dia melayan cucu-cucunya. Tetapi aku tidak paham. Aku anggap seperti ianya suatu beban abang-abangku tinggalkan kepada ibuku. Pantang saja anak buahku jejak ke bilikku aku tengking agar mereka berasa bosan untuk duduk lama disitu. Aku tidak paham. Sepatutnya ku biarkan mereka bersama ibuku. Kasihanilah ibumu itu yang sudah tua menunggu panggilan Ilahi. Berikanlah kegembiraan bersama cucu-cucunya agar dapat dia lupakan kesedihan dari mu.

Aku suka bersangka buruk dengan ibuku. Ibuku suka masuk kedalam anak-anaknya menyelongkari laci-laci berkunciku ketika anaknya tiada dirumah. Habis rahsiaku diketahui olehnya. Ibuku seorang yang penyibuk! Pernah ku pinjam beberapa keping video lucah dari rakanku dan ku simpan dalam laci. Dua tiga hari kemudian semuanya hilang! Ibuku yang suka menyelongkar laci yang membuangnya! Ibu memang penyibuk!

Tapi aku tak pernah sedar tindakannya hanyalah untuk melindungi anaknya sendiri. Dia lindungi aku dari maksiat dan dosa. Tak pernah aku maafkan sikapnya sehinggalah aku menyedari hal ini. Dia melakukan semua itu kerana dia menyayangi anaknya.

Dia curahkan segalanya kepadaku. Wang-wang pemberian abangku dia berikan kepadaku agar dapat ku beli baju untuk ke kuliah. Sedangkan dia dengan baju dan kain batik buruknya.

Aku tak pernah berusaha untuk memperbaiki diriku. Ibuku terpaksa memekakkan telinga dan membisu mendengar jiran-jiran menceritakan kehebatan anak masing-masing. Tapi pernahkah ibu menceritakan tentangku? Pernahkan dia merasa bangga dengan anaknya yang seorang ini? Dia dipandang rendah atas sikap anaknya sendiri.

Dahulu aku tak mahu dipanggil anak emak oleh rakan-rakan. Tapi sekarang betapa bangganya jika aku dipanggil anak emak. Kerana emak aku, ibuku adalah seorang wanita yang mulia, bersusah payah membesarkan anak-anaknya, ditepuk tampar dicela demi melindungi anak-anaknya.

Aku tak mahu pergi dahulu sebelum ibuku. Aku tak mahu dia menangisi pemergianku. Namun aku juga tak rela ibuku pergi dahulu dariku kerana aku tak ingin melihatnya pergi dalam kesedihan. Biarlah dia bergembira.

Mungkin Tuhan sengaja memberi pesan kepadaku melalui mimpi? Supaya aku berubah dan paling penting, berterima kasih kepada ibuku? Ya! Dia memberi peluang kepadaku agar dapat aku ukirkan senyuman penuh ikhlas dan penuh keredhaan dari ibuku. Banyak lagi yang ingin ku coretkan namun biar aku lupakan segalanya dan berusaha membahagiakan ibuku.

-Dari aku sendiri- Even Aku takde ibu ..tapi aku kekadang still trase yg betapa pedihnya orangtua aku membesarkan aku dulu..dengan malas skolahnyer...dengan degilnyer..dengan manje and ngade ngade nyer... huhu..

Ayahku dan si"dia"

*Coretan seorang guru wanita di salah sebuah felda di selatan tanah air...


Seorang murid dari kelas 3 Mawar telah bertemu denganku. Semalam dia meminta untuk bertemu dengan aku karana hendak menceritakan tentang ayahnya. Liliana, merupakan seorang pelajar yang aktif dan riang sebelum ini. Hanya kebelakangan ini sahaja dia kelihatan murung dan sedih. Kadang-kadang sesi "Bahasa Inggeris" yang aku ajarkan bagaikan tidak mengundang keminatannya. Dia sering termenung dan kelihatan sugul. Kini dia di hadapanku, harapanku, jika ada masalah yang dia hadapi akan cuba kubantu sedaya mungkin.


Cikgu, ini mengenai ayah saya. Air matanya terus berlinangan. Aku hanya mampu memegangnya dan mengurut-urut lengannya, dan menantikan dia meneruskan kalimat-kalimat dari bibirnya yang kecil itu. Dia meneruskan kata-katanya:


"Ayah saya telah berubah sejak tiga bulan yang lalu. Semuanya kerana kehadiran "dia". Kehadiran "dia" ke rumah kami telah mengubah suasana di dalam rumah . Memang pada asalnya, "dia" memang dinanti-nantikan untuk bersama kami. Malah, ibu sayalah yang telah mencadangkan kepada ayah untuk "dia" tinggal bersama kami. Pada awalnya kami amat gembira bila "dia" ada bersama kami. Mungkin kerana "dia" masih baru dan kami masih terlalu teruja mendapatkan "dia" di dalam rumah kami.


Keadaan telah berubah apabila ayah sudah mula rapat dengan si "dia". Walaupun pada asalnya ibulah yang banyak bersama dengan "dia", namun akhirnya ayah pula yang berjaya dikuasai oleh si "dia". Semenjak itu ayah tidak memperdulikan ibu lagi. Kami juga sudah tidak ayah pedulikan juga. Hubungan ayah dengan "dia" semakin intim. Pulang sahaja dari kerja, ayah terus mendapatkan si "dia". Kadang kala ayah sanggup untuk mengambil cuti semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Kami geram sungguh!


Pada bulan Jun yang lalu, krisis kami dengan ayah mencapai kemuncaknya. Ayah sudah tidak pedulikan ibu lagi. Ayah sudah tidak tidur dengan ibu lagi semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Ayah sudah melampau. Ayah sanggup mengorbankan waktu tidurnya dan juga waktu bersama ibu hanya untuk bersama si "dia". Lebih menghangatkan darah kami lagi, di pagi hari kami lihat ayah terdampar bersama si "dia". Satu contoh yang amat tidak sihat buat kami anak-anak. Ibu tetap boleh bersabar. Banyak kali juga kami mendengar ibu menasihati ayah, tetapi ayah tetap tidak berubah. Ibu tidak mahu derhaka, hanya nasihat sahajalah yang boleh ibu berikan. Malangnya tidak nampak pun riak-riak ayah akan berubah. Bahkan kini ayah semakin teruk.


Siang, malam, pagi, petang....ayah lebih meluangkan masa untuk bersama dengan "dia". Saya tidak mahu digelar anak derhaka, tetapi keadaan ayah semakin melampau. Akhirnya cikgu..."


Dia terus menangis teresak-esak. Aku terus memujuknya, "sabar, setiap orang ada masalah masing-masing...". Aku terus memeluk Liliana.


"Cikgu Ros, saya tidak mahu menjadi anak derhaka, tetapi demi ayah, saya terpaksa lakukannya..."

"Apa yang kamu telah lakukan?", tanyaku dengan nada yang lembut.

"Saya terpaksa menelefon tempat asal si "dia". Saya telah mendail 1300-82-3838, dan meminta mereka memutuskan hubungan ayah dengan "dia""


"Siapa dia tu?", aku binggung...

"Astro!"

Aku: ???????

Hina sangat ke ?

Hina Sangat Ke MAMAT Nih?
Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi...
sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang
lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan-jalan
kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu...dah penat berjalan aku pun lepak
kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.

Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat
greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card
machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)

Aku pun gerak.member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan
minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi
ler.....

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak....mesti member aku sound
nyer....aku pun start tulis......."HALLOOO" itulah suara yang aku dok
dengar..ish awek mana lak nie...sekali aku pun pandang ler... tengok bawah
dulu...

Aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh... sikit
nyer cun ler... aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali
lagi

dia kata "HELLO".....Aku tarik nafas aku pun jawab,"HI". Aku ingat dia pun
senyum jerlah... sekali dia kata "IM LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer
sedap

nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum.....

LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"

AKU : "Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow"

LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie...I hope
you

can help me"

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak
tolong.Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari
Singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku
business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome
pun,

boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia ! gi
shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku
dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU,
hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat
member aku tunggu kat Sg. Wang.

AKU : "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as
beautifull

as you and how I admire your softness and your kindness and I really like
to
stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is
waiting
for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for
dinner someday..I hope you dont mind"

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi
tau

member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq.
Wang.. aku pun selisih ngan member-member aku kat Jambatan tengah tuh....
aku senyum dengan bangganya.

Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia
orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku..
takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk.... so Kita orang piler
kat Lot 10 balik... Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis
cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator
dia

tengah turun, aku pun sound member aku

AKU : "Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak
nak
percaya"

MEMBER : "Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul"

AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit"

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh

"HI LINA", sekali...................

Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER
SOMBONG,
Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau
nak
cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ.....

"KENAL KONON, SETAKAT KO LER...SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau
nak

kata apa.. member aku smeua gelak, aku blur......

Adaker patut satu perempuan buat camtuh kat orang macam aku nie, aku pun
tak
tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalu apa yang aku lalu..
aku betul betul tak paham....... Adakah semua perempuan cantik macam
nie????????? Mungkin kot....Aku dah mula berfikiran negatif...tapi aku
tetap
suka kat dia....sebab aku masih lagi pikir yang dia baik... Bodoh ker
aku????

AKu rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun
tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari
pandangan
dia....dia tenung aku macam tak puas hati.... aku pulak tak faham...

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!

Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh.. Dia terjatuh.Habis
semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit
sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam,member aku
semua

pun senyap.........aku tak
tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak
tolong

Dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap...tengah aku dok
tolong tuh..
tiba-tiba......

LINA : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"

Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk
pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah
risau,
aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak.....aku pun senyap"

PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa
nie,aku
nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie........


Check punya cek, rupa rupa handbag dia hilang.... aku pun dah takut.
Security tanya aku, mana bag dia??

AKu : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong
dia..mana
saya ada ambil beg"

LINA: " Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik.Passport
saya,
credit card saya, Handphone semua ada kat dal! am tuh, Bang macam mana
nie"

AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help
you,

apsal you kata I curik bag you"

Aku dah panik........

AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u
kata I pencuri...apa masalah nie"

LINA: "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam
you, muka pun macam muka pencuri..."

ADUH!!!! AKu dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia
bagi..

AKU : "Then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you
bagi???"

LINA : "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I,
buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang
amik handbag I"

Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke
office...
member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap
jer..
dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak! buat
apa.... Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia,
dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti
business card ada kat aku.... aku yang bersalah.. aku tak mengaku..

PAP!! aku kena tampar....aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office
dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA
TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN,
TAK

GUNANYA LAKI",

Itulah kata-kata dia........

Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa
tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku
yang

aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku.... aku dah sedih giler.
AKu
pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang
datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat
belakang..orang tuh cakap

Manager : "A! PA MASALAH NIE??? OK..What your Name?"

LINA : "Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"
Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising"
AKU : "Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan"

Manager : "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"

LINA : "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang
ambil...... sapa lagi...muka dia pun muka pencuri"

Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat
telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap
apa,

dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh.....selang 10 min, dia pun
datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina,
"Is
this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun
suruh
ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang.....semua okay...takda yang
hilang..

Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dal! am toilet wanita, so
Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa
yang aku nak buat, cuma tolong dia.......

APA YG PATUT AKU LAKUKAN?????

Aku pun senyap, aku pun keluar...Semua member aku tanya aku apa yang
jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so
dah

settle dah, aku nak balik....

MEMBER : "Ha'ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak
saman malu dia... tak guna nyer pompuan"

ABG AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak
lawa...dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka
hati...."

Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia,
lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh,
sedangkan
tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...


AKU : "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat
apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk
tuh,busuk jugak... sekrang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku
malu...mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"

Manager : "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah takyah kecoh kecoh"

AKU : "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada
saksi

member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku
nie
bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat
semua.. camna?? puas hati korang"

LINA : "APa ko ingat ko bagus?? nak report aku..... aku tak takut ler...
ko

ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"

AKU : "baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager)
plak..
apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"

Manager : "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a
problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"

Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, a! ku suka...
tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe.
Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku.....dia letak telefon.

LINA : "Nah amik nie, aku mintak maaf......."

Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa
lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia.............

Dia tension...

"Setakat RM300, ko ingat aku apa....... budak kecik boleh ler ko buat
camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko
kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."

Dia pun benggang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000,
aku

tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh...
sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap.......

Aku amik cek tuh aku pun koyak.... aku cakap aku bukan jenis yang boleh
dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan....

Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam....... ban! yak
tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau
aku
nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...

Aku pun nak jugak amik... so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh..
aku
pun nak
bla......tiba tiba aku dengar dia sound aku..

LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu"
Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia..... aku tak kira aku tak pernah
tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru
nak

angkat tangan.. ada orang tahan aku.........

"Oi..bangun oi... dah sahur dah nie..."

Friday, September 15, 2006

Asal Usul Hantu

--------------------------------------------------------------------------------

PESANAN : Sila berhati hati jika berjumpa hantu hantu ini.

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.......kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang

menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu.....dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8.Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer,macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,..........komputer,komputer.akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja ...."

Kalau tak mau jadi hantu KOM-KOM ... pi buat kerja, jangan dok depan komputer lama-lama

Poyo Seorang Lelaki

Sepasang kekasih sedang bertelipon dengan mesra. Si pemuda melontarkan rayuan rayuan mautnya: "Sayangku, engkau tidak usah meragukan cintaku kepadamu. Apa pun yang terjadi aku tetap mencintaimu. Tak ada yang boleh menghalanginya."
Wanita: "Ah, tipulah tuuuu?"
Lelaki: "Sungguh mati, dalam samudera terdalam pun akan kuselami demi cintaku kepadamu"
Wanita: "Hhmmm..."
Lelaki: "Lebarnya samudera akan kuseberangi demi cintaku kepadamu.."
Wanita: "Hhhmmmm..."
Lelaki: "Lautan api akan kuharungi demi cintaku padamu"
Wanita: "Terima kasih, kekasihku. Sekarang, maukah kau ke rumahku sebab mak mintak tolong ko belikan barang dapur.."
Lelaki: "Hmm, sayangku. Maaf ya, aku tidak bolehhh, sekarang nikan sedang hujan. Sedangkan keretaku baru saja dicuci"....


lolllllllllllll.....itu lee lelakiiii....ayattttt ajjeee lebbeehhh...buattttnyeee....hareemmm...caiittttt.: (

Saturday, September 02, 2006

Interview with celebrity about Datin Siti

Ni antara artist yang dijangka akan di interview kat red carpet nanti.

Ziana Zain - "Akak menangis kegembiaraan bila tengok TV semasa Siti
Nurhaliza buat
press conference yang dia akan berkahwin. Akak begitu gembira sebab
bapak akak polis
sama dengan bapak Siti Nurhaliza. Kami sama sama anak polis. Sebab itu
lah akak
menangis. Hanya anak polis saja yang faham apa perasaan di sanubari
ini".

Datin Tiara Jacquelina - "Saya doakan Siti Nurhaliza berbahagia dengan
soulmate nya.
Sebagai perampas suami orang, saya juga faham apa yang sedang dirasai
oleh Siti
Nurhaliza. Harap Siti Nurhaliza banyak lah bersabar. Biar lah orang
ingin mengata apa
saja, yang penting kita dah jadi Datin".

Datin Norish Karman - "Tahniah Siti Nurhaliza. Kalau album baru saya
tak laku nanti
boleh lah kita sama sama buat business yang handle workshop "cara-cara
merampas Datuk
dari mak mak Datin".

Sharifah Amani - "I sound stupid when I speak in Malay, so I will make
my speech in
English. Congratulations Kak Siti Nurhaliza and Datuk K".

Awie - "Selamat pengantin baru pada Siti Nurhaliza dan Datuk K. Tak nak
ucap pengantin
baru kat saya juga ke?"

Erra Fazira - "Erra harap perkahwinan Siti Nurhaliza ni panjang lah
hendaknya. Jangan
jadi macam Erra... buat majlis bukan main gah lagi... tapi Yusry yang
main tak segagah
mana dan akhirnya kami berpisah".

Zubir - "Ini lah wedding of the decade! Bukan setakat wedding of the
year tau!"

Kris Dayanti - "Perkahwinan ini menunjukkan pada semua di Malaysia mahu
pun di
Indonesia bahawa bomoh yang saya kenalkan kepada Siti Nurhaliza memang
bagus bangat.
Kepada siapa yang ingin berjumpa bomoh Indonesia itu, saya bisa bawa
jumpa dengannya".

Datuk Sharifah Aini - "I don't care! Tapi I datang jugak sebab kita
orang Islam bila
dapat jemputan kena lah juga pegi. Tapi I tell you... I¡¯m just not
interested. I
don¡¯t care!"

Datuk Farid Ridzuan, TV3 - "Syukur setakat ni semua berjalan dengan
lancar. Pihak TV3
begitu berbesar hati kerana dapat membuat siaran secara langsung
upacara perkahwinan
gilang gemilang ini. Bukan itu saja, pihak TV3 juga dapat hak
menyiarkan rancangan
ekslusif Tiada Rahsia selama beberapa minggu. Begitu juga penampilan
istimewa pasangan
mempelai di dalam beberapa slot program TV3 seperti Nona, MHI dan
sebagainya.
Insyallah, TV3 juga akan terus membuat liputan mengenai pasangan
bahagia ini
termasuklah berbulan madu dan kami juga akan cuba mendapatkan hak
ekslusif penyiaran
secara langsung dari wad bersalin semasa Siti Nurhaliza bersalin kelak.
Tapi itu
bergantung kepada rezeki mereka lah. Menurut pakar, pasangan ini subur
dan mampu
mendapat cahaya mata. Saya begitu girang sekali TV3 diberi kepercayaan
penuh oleh Datuk
K dan isterinya Datin Siti Nurhaliza. Ini lah berita yang dinanti
nantikan oleh seluruh
rakyat Malaysia juga seluruh rantau Asia Tenggara. Peristiwa ini juga
adalah lebih
penting dari perang di Lebanon, kerana itu lah pihak TV3 berbesar hati
untuk membuat
liputan secara besar-besaran. Terima kasih".

Minyak Habis

Bermulalah satu cerita di station minyak atau lebih dikenali sebagai pam minyak. Di pam minyak ini ada dua orang pekerja bangla yang hanya tau cakap melayu sikit, omputih sikit dan bahasa bangla banyak yg dia tahu. Seorang itu bernama Majid dan seorang itu lagi bernama Hasan. Pada satu hari berhenti lah sebuah kereta mewah adik beradik mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kereta itu seorang yg berbangsa arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak itu dah abis dan ini mendatangkan masalah kepada hasan utk memberitau kepada org arab itu bahawa minyak dah abis. Orang arab itu pula tidak tau berbahasa melayu cuma tau bahasa omputih sikit dan bahasa arab tentulah terror kan... Hasan cuba memberitahu kepada org arab tu sambil menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abis, tetapi orang arab tu ternganga luas tanda tidak paham. Hasan cuba lagi sekali lagi dengan menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan kepala, tetapi orang arab tu ternganga luas juga tanda tidak paham ler tu..memang bodo sikit org arab ini. Hasan pun tak tau nak buat camner..dia pun pegi kat Majid utk menerangkan situasi dier sekarang. Mereka bercakap dalam bahasa bangla, dan ditranslatekan begini Hasan: "Majid, tolong aku majid, org arab tu tak tau minyak kat sini dah abis" Majid:" ala...ko cakap jer ler..minyak dah abis.." Hasan:"aku dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku pulak, tak tau cakap omputih..Yes , No, Alright aku tau ler.. dan... I love u" Majid:"Aku pun tak tau jugak cakap omputih..." Hasan:"ala..ko tolong ler aku.." Majid:" ok tak per...aku tau sikit-sikit cakap arab" Lalu pergila..Majid dekat org Arab tu dan berkata;
"Fuel!, Sodoqallahulazim", dan baruler..org arab tu paham dan dier pun blah...ler...

Pertandingan keras kepala

Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di KualaLumpur.Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dapat kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.
Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.
Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4. Beliaudengan perlahan berjalan ke tingkat 4. Sampai ditepi beliau berdiri Sahaja. Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun.Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat. Keputusannya pemenang pertandingan keras kepala adalah dari..... MALAYSIA!

Silap No

Suatu ketika ada seseorang yang bermaksud menelepon Mr. Brown.
Penelepon : Hallo, bisa bicara dengan Mr. Brown.
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelepon : Oops Sorry, wrong color!

Masalah Computer

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Word Perfect Helpline (bantuan > berkenaan Word Perfect melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:
"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Word Perfect."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana moniter anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank; ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam WordPerfect, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidipkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang aya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."

Belajar 2 kali lagi Cepat

Meng Keong baru tiba dari Selatan China. Dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan.


Dia ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah buku bertajuk "Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja". Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya "Satu lagi buku ini, untuk kawan awakkah?"

"Ohh tidak, Saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja".

Permohonan Yang Jujur

Seorang penganggur sedang mengisi borang memohon pekerjaan sebagai seorang Pengawal Keselamatan di sebuah bank. Dia sedang menjawab satu soalan berbunyi "Pernahkan anda ditangkap?". Dia mencatatkan jawapan "Tidak Pernah"

Soalan seterusnya adalah untuk dijawab jika jawapannya adalah "Ya" bagi soalan sebelumnya. Soalannya berbunyi "Kenapa?" Tetapi penganggur itu menjawab juga soalan itu dengan menulis "Kerana tidak pernah dapat ditangkap".

Part TIme

Kisah ni terjadi disatu hari yang sungguh menyayat hati bagi seorang insan yang telah dibuang keje....dia sungguh sedih kerana dia adalah anak sulung daripada 19 orang adik beradik, jadi segala perbelanjaan dirumah maupun perbelajaan sekolah adik2x nyer..terpaksa di biayai.Jadi, nak dipendekkan cerita........pada suatu hari, beliau terlalu tension kerana sudah beribu-ribu temuduga dan jenis kerja telah beliau hadiri, malangnyer satu pun tak berjaya..lalu beliau ambik keputusan untuk realeas tension. Petang tu pun beliau keluar berjalan-jalan fikir cam ner nak selesaikan problem carik kerja ni..jalan punyer jalan sampailah kat Zoo Negara...masa sampai kat pintu gerbang, beliau terpikir lak "bak per aku masuk kat dalam Zoo nih? nak buat aper? tak per la ...sekali sekala maner la tau dapat idea..." beliaupun meneruskan perjalanannyer itu masuk ker Zoo itu. Semasa beliau berjalan2x sambil melihat haiwan2x dan binatang liar disana, beliau terserempak dengan kawan lama...lalu kawannyer itu menyapa" hai....Ucop, lama tak nampak?" "ader ...busy, tapi skang ni aku tak busy dah..." "naper?" "aku dah kene buang keje..problem betul la...." "la...apsal kau tak bagitau aku awal2x...ari tu ader keje full time kat sini..tapi dah tak der dah...dah full...tapi, kau jangan risau, kat sini ader keje part time....kau nak?" "eh! betul ker? mestilah aku nak!, aper keje tu?" "senang jer...zoo ni sebenarnyer kekurangan haiwan, aper kata kalau kau jadi BERUK ala....pakai sarung..., mahal tau bayarannyer.." setelah beliau berfikir panjang, beliau pun membuat keputusan setuju menerima keje tersebut, kerana memandangkan kemelesetan ekonomi yang berada diparas kritikal ini.. "bila boleh start?" "kalau kau nak esok pun bleh!!". "buat apa esok, hari ini pun bleh...." "kalau macam tu, okeyla.. aku bagi tau bos aku dan kau bolehla bersiap sekarang, nah uniform" dengan bangganya beliau terus memakai uniform yang berupa bulu beruk itu....dan terus masuk kedalam sangkar yang disediakan. Setiap pengunjung yang melalui sangkar itu merasa pelik dan hairan kerana jarang sekali terjumpa beruk seperti didalam sangkar itu kerana beruk itu boleh berkata-kata....lalu ramailah orang mengerumuni sangkar beruk itu sambil bertepuk tangan dan bergambar...beruk itu merasa riak dan bangga yang di tahap maksimum lalu beliau terus melompat-lompat dan dgn tidak disengajakan..... beliau telah termasuk kedalam kandang harimau yang berada bersebelahan dgn sangkarnyer... beliau berasa panik sambil meminta tolong...."TOLONG!... TOLONG!...TOLONG!...Beliau menjerit sekuat hati...tapi semua orang tak ambik peduli, maklumlah beruk boleh bercakap. beliau bertambah tak tentu arah apabila harimau itu kali ini betul betul berada dihadapannyer......dalam hatinyer berkata "matilah aku hari ni....."sambil mengucap2x ingat nak mati.........tiba-tiba........






harimau tuh gelak terbahak bahak dan berkata apsal kau menjerit aku pun harimau part time cam kau gak !

Teh panas dan Teh Sejuk

Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang...
Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja... dia cuba bertanya harga segelas teh panas
dan teh sejuk... lalu pelayan restoran menjawab..

"Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20"

Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu
lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya....

Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam
sekelip mata sahaja...

Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata
"Kalau lambat diminum... air ini jadi sejuk... kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20..
lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja"

Friday, September 01, 2006

Xcident syahdu


huhu..kude ni nak bunuh diri sebab putuh cinte kot?

usia Pernikahan Mempengaruhi Kemesraan.......

Sebelum Tido:
6 minggu: selamat bobok sayang, mimpi indah ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau ah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole eh???!

Pakai Toilet:
6 minggu: tak apa, u dulu aje lah, i tak buru2 .
6 bulan: masih lama tak nih?
6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma, i beli murtabak kesukaan u..
6 bulan: trafik jam ah
6 tahun: k..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:
6 minggu: Honey, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu : Sayang, i harap u menyukai cincin yang i beli
6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin bbual ngan u di telefon nih
6 bulan : Eh...your call...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka i, rasa makanan ini begitu lazaattt...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH? LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi eh
6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH EH? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, apa yg kita nak tonton malam ini ?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR2 BOLE

Have One

I have one

You have one

Your mother uses your father's one

And your auntie uses your uncle's one

A married lady would acquire one

But a divorced lady would lose her one

Arnold Schwarzenneger has a longer one

Michael J. Fox has a shorter one

Madonna doesn't have one

The Chinese usually have short ones

While the Indian usually have long ones

Do you have one?

How long is your one?

Which one is your preferred one?

want to know what is it?







SURNAME!!!
but i like what u think...

Divorce Cake

Pembunuhan Kejam



ISh ISh...kejamnye cara pembunuhan ni...AKU turut bersimpati terhadap mangsanya :P

Followers

Stat Counter