Saturday, August 19, 2006

Sogok

Telah berulang kali Nasrudin berjumpa seorang peguam untuk menandatangani
suatu perjanjian.... peguam tersebut selalu mengatakan dirinya selalu sibuk
dan tidak ada masa untuk menandatangani perjanjian itu. Keadaan ini
berulang sehingga Nasrudin membuat kesimpulan bahawa peguam itu minta
disogok. Tapi Nasrudin tahu itu diharamkan. Maka Nasrudin memutuskan
untuk mencuba sekali lagi...

Nasrudin menyiapkan sebuah bekas yang diisi dengan tahi lembu
hingga hampir penuh. Kemudian di atasnya, Nasrudin melapiskannya
dengan mentega beberapa sentimeter tebalnya. Bekas itu dibawanya
ke hadapan Peguam. Kebetulan, peguam langsung tidak sibuk ketika itu,
dan bersetuju untuk menurunkan tanda tangannya.

Nasrudin kemudian bertanya,
"Tuan, setujukah tuan menerima mentega ini sebagai upah?"

Peguam itu tersenyum lebar. "Ah, kau tak perlulah terlalu dalam memikirkannya. Saya lakukannya
dengan ikhlas...."

Dia mencungkil sedikit mentega dan merasanya. "Wah, sedap betul mentega ini!"

"Ya," jawab Nasrudin, "Sesuai ucapan Tuan sendiri, jangan terlalu dalam."

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter