Wednesday, August 02, 2006

LRT

Lrt
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat
penuh sesak.
Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang
pemuda.
Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun
belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak
pemuda itu dengan lembut ke
tempat duduknya sambil berkata,
"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".
Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis
itu walaupun secara lembut.
Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali
lagi gadis cantik itu
menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat
hingga didengari oleh lain lain penumpang,
"Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih
suka berdiri."
Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk
kali yang ketiga
sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!!
Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa
punya perasan lah dia ni?!!!"

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter