Tuesday, August 01, 2006

Askar Us dan Askar Msia

Sewaktu di Bosnia ada 2 orang pegawai askar sedang bersembang bersama dengan platoon masing2 disebuah kem UN, seorang pegawai dari Tentera US dan seorang lagi dari Tentera Malaysia,
Maka pegawai tentera US ni bertanya kepada pegawai tentera Malaysia.
"Kalau diikutkan peralatan tentera US lagi bagus dari tentera Malaysia..betul tak" (nak membangga diri la ni), maka jawab pegawai tentera Malaysia "Ya betul tak dinafikan", jadi dah dengar bahawa dia betul jadi tentera US ni nak tunjuk lagak lagi la, maka dia pun berkata
"saya rasa tentera US ni juga lagi pandai serta lagi patuh dari tentara M'sia" pegawai M'sai pun berkata dengan muka selamba
"Saya rasa tak begitu, keupayaan mantel dah tahap kesetiaan tentera M'sia mungkin sama dengan tentera US"
maka mamat Us ni dah dengar marah la pulak dia.
Maka dia dengan tak berpuas hati ajak pegawai dari M'sia untuk beradu kehebatan tentera masing2.
Jadi kedua2 pegawai ini memanggil 1 dari askar terbaik dari platoon masing2.
Iepas itu dengan berlagaknya tentera US itu mengarahkan anakbuahnya
"Sarjan!!! kamu panjat tiang bendera itu sampai atas kemudian terjun FAHAM......!!!!"
maka sarjan itu pun menurut perintah dan memanjat tiang bendera itu dan terjun. Akibat terjunan itu kaki sarjan itu patah dan dia dibawa ke hospital.....
maka pegawai M'sia memanggil sarjannya, dengan tersenyum memberikan arahan yang sama, tetapi askar itu berkata dengan selambanya
"maaf tuan, tuan boleh cium kasut saya.!!!!"
dan beliau pun berlalu pergi...
dengan kejadian itu sempat lagi askar US itu tersenyum kerana berasakan bahawa beliau dah menang...tetapi askar M'sia pun berkata
"Saya tarik balik pernyataan saya rupanya askar M'sia lebih bagus dari askar US kerana askar M'sia tak sebodoh askar US yang sanggup buat kerja sia-sia dan bodoh kerana arahan yang tak munasabah"
dah berlalu meninggalkan askar US itu lalu berjalan dengan askar sarjannya ke kem M'sia

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter