Saturday, August 19, 2006

Rahsia Mendapatkan Duit

Di sekolah Zahid diajar oleh rakannya cara untuk mendapatkan wang dengan mudah..
iaitu hanya dengan mengatakan bahawa dia tahu apa yang dirahsiakan.

Pulang sekolah, Zahid mendapati ibunya sedang masak di dapur. Ingin mencuba apa yang dikatakan
oleh rakannya... Zahid berkata:
"Mama.. saya tahu apa yang dirahsiakan oleh mama."

mamanya terus terperanjat dan terus membuka beg duitnya dan mengambil wang RM 10 sambil berkata..
"Janji jangan cakap pada Ayah tau..." Dengan senang hati Zahid menerimanya
dan dalam hati berkata.. "Benar kata rakanku.. senang sekali nak dapat wang."

Ketika ayahnya pulang dari kerja.. dia pun turun ke halaman rumah dan menghampiri ayahnya...
"Papa.. saya tahu apa yang dirahsiakan oleh Papa..."

Dan ayahnya memberinya wang RM 20 untuk menutup mulut anaknya itu...

Petangnya selepas siap mandi... Zahid keluar untuk mencari mangsa barunya...
Tiba-tiba dia bertemu dengan Abang Sazali.. Jiran sebelah rumahnya...
"Saya tahu apa yang abang Zali rahsiakan."

"Oh ye ke?" tanya Sazali terkejut.. lalu menyambung..
"Kalau begitu.. peluklah aku ayah kandungmu ini..."

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter