Thursday, June 29, 2006

berbagai lawak ...

Saman.

Seorang anggota trafik sedang menulis saman terhadap sebuah motokar.
"Encik tanya kenapa? Pertama, encik langgar lampu merah, kedua, encik
melebihi had laju, dan sekarang ni, encik parking atas kaki saya! Pedih
tauuu??"......

Pening.

Seorang bos masuk ke opis dalam keadaan sakit kepala. Seorang staf
memerhati keadaan bos nye, lalu bertanya,"Kenapa bos? Nampak macam sakit
jer.?"
"Yer la Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.
"Dua hari lepas saya pun sakit kepala jugak bos, tapi bila balik, isteri
saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami melakukan seks.
Habis saja kami bercumbu sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun
patut buat macam tu jugak la?", terang Semaun.
"Betul ker? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri ngko sekarang,??.

RABA

Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Nurul geram melihat suaminya Helmi yang
nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika
lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar
Helmi. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani
kau raba punggung aku. Rasakan!" Helmi tercenggang melihat keadaan itu
segera berkata kepada isterinya.
Helmi: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu,
percayalah...
Nurul: Ya, saya percaya.
Helmi: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat
penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Nurul: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...

Jamuan.

Pada hari jamuan makan di tadika anak aku yang pertama, aku membuat biskut
untuk dimakan oleh 25 orang pelajar di tadika tersebut. Bila anak aku
pulang dari jamuan itu, aku lihat anak aku bawa balik separuh dari biskut
yang aku buat pagi tadi. Katanya,"kenyang la mak, tak larat la nak makan
semua?


Masalah Ekonomi

Ayah: Kenapa markah ngko nie sikit sangat? Ngko selalu ponteng kelas yer?
Anak: Ayah tau tak, penurunan nilai mata wang dunia memberi kesan kepada
semua benda?

Cincin

Sepasang kekasih sedang ber'dating' di tepi tasik. Tiba-tiba si teruna
mengeluarkan kotak cincin dan melamar si dara. Sudikah kau menjadi
isteriku?
"Macam mana harus ku kata, sedangkan aku mencintai orang lain?" jawab si
dara.
"Cakap siapa jantan itu??"kata si teruna penuh kegeraman.
"Tak mau. Nanti kau pukul dia!" kata si dara ketakutan.
"Mana ada..!? Aku cuma nak jual cincin ni padanya. Mana tau dia ingin
melamarmu nanti?"

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter