Thursday, June 29, 2006

ahli korporat dan orang gila

Di satu pagi, seorang Ahli Korporat hendak pergi menghadiri satu mesyuarat penting syarikatnya dengan menaiki kereta Mercedes miliknya. Ketika sedang memandu kereta Mercedes itu, tiba-tiba salah satu dari tayar keretanya bocor lalu terbabas dan terhenti dihadapan pagar Hospital Bahagia. Dengan sedikit mengeluh, Si Ahli Korporat pun keluar dari kereta lalu melihat tayar keretanya yang bocor. Didapati tayar keretanya bocor akibat terlanggar paku yang entah dari mana datangnya. Tanpa menghiraukan beberapa orang pesakit di Hospital Bahagia itu memerhatikannya, Si Ahli Korporat pun menukar tayar keretanya dengan tayar sementara…

Sesama hendak memasang semula skru tayar kereta tersebut, tiba-tiba keempat-empat skru tayar itu terjatuh masuk ke dalam parit yang kotor dan agak dalam. Sekali lagi Si Ahli Korporat mengeluh lalu melucut baju kod dan tali leher yang dipakai untuk cuba memungut skru yang terjatuh didalam parit tadi. Baru sahaja dia hendak turun ke dalam parit tersebut, tiba-tiba salah seorang dari pesakit Hospital Bahagia itu menegurnya, “Encik, encik… Encik dah pakai baju lawa-lawa, smart, wangi… takkan Encik nak masuk ke dalam parit yang kotor tu?” Si Ahli Korporat terkesima mendengar pertanyaan pesakit itu. Si Pesakit menyambung, “Encik, apa kata Encik cabut salah satu skru pada tiga tayar yang lain tu, kemudian pasang pada tayar yang skru nya dah termasuk dalam parit tadi. Lepas tu nanti, Encik pergi la beli skru yang baru…”. Memikirkan kebenaran kata-kata Si Pesakit tadi, Si Ahli Korporat pun mencabut salah satu skru pada tiga tayar yang lainnya dan memasangkannya pada tayar yang tidak berskru…

Selepas selesai memasang skru tayar keretanya, Si Ahli Korporat memandang Si Pesakit yang menegurnya tadi dengan perasaan kehairanan. Dia berkata pada Si Pesakit, “Kau ni pandai yerk… Macam mana kau boleh ada kat sini?”. Si Pesakit ketawa berdekah-dekah mendengar pertanyaan itu lalu menjawab, “Encik la yang bodoh!... Saya ada kat sini, bukan sebab saya bodoh! Kah…kah…kah…”. Terkejut mendengar jawapan Si Pesakit, Si Ahli Korporat pun masuk ke dalam kereta lalu beredar dari situ…


*Moral: Tak semua yang gila itu bodoh dan tak semua yang betul itu cerdik…

paham x. maknanya org gila tu tgl kat hospital bahagia tu bkn sebab bodoh..tapi dia gila je..

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter