Wednesday, July 05, 2006

STAINLESS STEEL

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang
melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior
yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah
pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa
membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang
penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan
semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai
meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?"
tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu
menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa
pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya
inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya
akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar
lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia
menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun
2007, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru
kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah
seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah
atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda
sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih
dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami
mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi
tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton
atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di
level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun
dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit.
Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama
15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu
mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat
selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu
makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit
dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke
Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja
juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa
terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap
seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit
sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara
automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck,
pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami
akan menampal gambar anda di notis board di bawah
korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak
membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan
cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan
anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda
mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini
bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi
seperti membaca e-mail, chatting dan games akan
dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga
pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan
mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga
penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji
mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat
ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang
terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan,
kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci
nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

burung saya

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara
banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung
kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah
keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di
perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?" Seluruh
penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari
kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah
"bukan itu maksud saya". Lalu di ajukan soalan yang
lain....... "maksud saya adalah, siapa yang pernah
lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana
menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan
muka merah dia menyambung, "maaf, bukan itu maksud
saya". Sekali lagi dia cuba bertanya, "maksud saya
adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan
miliknya"? Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup,
segera berkata lagi,
"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan
saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat
burung saya?"

Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri....

dua dua gila

Farid, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Farid lantas memanjang satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahkan Farid turun, Farid tidak mahu turun.
Datang pula pengarah hospital, "Farid!!Turun Farid nanti jatuh", katanya. Farid tidak mahu turun juga. Dipanggilnya pihak bomba, "Farid! Turun Farid, kalu tidak kami potong
tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu.Namun Farid tidak bergerak pun untuk turun.
Dipanggilnya pihak , "Farid turun Farid!"teriak seorang sarjan , kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Farid!. Farid tidak turun-turun
juga.
Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Pejal, seorang teman Farid dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu."Pejal!Harap-harap Pejal boleh tolong turunkan Farid dari atas tiang lampu" Tolonglah Pejal ya!
Jawab Pejal"Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Pejal dibawa kepada tiang lampu itu.Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Pejal! Pejal nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu."Ahh!Pejal nak gergaji!"Baiklah! Ambillah gergaji itu.
Lalu Pejal mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Pejal pun berteriak, Hoi Farid!!!Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!!
Mendengarkan amaran itu Farid yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital. Pemberita pun datang menemubual Farid. "Kenapa Farid turun bila Pejal datang sedangkan bomba dan datang Farid tak turun?
Jawab Farid; " ka bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Pejal ni apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Pejal tue GILA!

Jalan sendiri ke kubur

3 orang anak duduk di sisi bapa mereka yg sedang nazak.sewaktu menunggu detik berakhirnya nyawa si bapa, ketiga2 beradik itu berbincang tentang upacara pengebumian yg perlu dijalankan. si abang yg sulung berkata,"bapa kita nie kaya, kita perlu gunkan sepuluh kereta besar untuk majlis pengebumiannya.dengan cara itu kita boleh bawa saydara-mara dan kawan-kawan ayah utk sama-sama mengiringi jenazahnya ke kubur."
Adiknya tidak setuju.:tak payah..kita sewa 2 buah kereta ajer,biar saudara-mara, jiran dan kawan-kawan ayah pergi sendiri ke kubur naik kereta masing2."
kedua-dua cadangan itu tidak depersetujui oleh si anak yg bongsu. kata lelaki itu, "apa kata kalau kita sewa sebuah station wagon ajer untuk kita bertiga dan keranda ayah?kan jumat sket..."
mereka terus bertengkar, hinggalah tiba-tiba si ayah yg tengah nazak tu bersuara...
"daaaaahhh... berhenti bertengkar..ayah akan berjalan sendiri ke kubur....

Malu Giler

Ada satu Hari tu, Aku Kena Beli Bahan dapur Utk mak Aku Pasar .. Kawan Aku Tinggal dekat2 ngan situ..
So balik pada cerita.. Aku Bru Beli Beberapa bahan dapur... So Kawan aku ader telefon dia kata.. Dia nak gi pasar Jugak .. So aku Beli ar barang sambil tunggu .. sampai Satu ketika.. Aku nih jenis suka Main2.. So aku nampak ader sorang tuh sebijik badan dia dr belakang cam kawan aku.. So aku perlahan2 dkat ngan dia.. Aku Tutup Mata dia.. aku tanya dia "Cuba Teka Siapa nih?" dia Ckp "Enggak tau"(lbih kurang ar..) skali Usha Muka Boyan .. Ahh.. Aku trus Pecut lari Umah.. terpaksa Aku abaikan Beberapa Bahan.. Esok Hari Aku Kena Maki kawan Aku.. Sbb kawan aku ader kat belakang aku jer.. masa tuh memang aku malu gila..
Amik teladan dr citer nih..

Sudu dan Benang

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding
boleh membawa perubahan yang besar terhadap
mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu
restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami
meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak
pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan
utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya.
Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan
restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka.
Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku
bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas
mengupah juruperunding ABC untuk merombak
perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji,
mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu
terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja
sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka
kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja
pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang
setiap syif".

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan
pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di
poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa
saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak
habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip
seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum
pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di
zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan
suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami
boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan
mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh
menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami,
dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum
keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa
sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas
awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan
ia bal ik kedalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang
lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya
tadi."

Pengalaman penunggang motosikal

Kisah ini terjadi pada tahun 1990 semasa aku dan seorang rakan hendak mencari kedai spare-part motor. Aku yang pada masa itu memiliki lesen 'L' dengan penuh bangga lagi confident membawa motor kapcai ayahku untuk mencari kedai spare-part motor tanpa perancangan ke arah mana kami harus cari kedai tersebut . Di pertengahan jalan , aku dengan selambanya memotong laju sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang anggota siap bersenjata . Sebaik sahaja aku memotong terdengar suara menjerit 'hoi' . Aku dengan macho buat-buat tak dengar . Malangnya kawan yang membonceng telah menoleh kearah tersebut lalu memberitahu dengan menepuk-nepuk bahu ku bahwa tu suruh kami berhenti . Aiseyyy .... aku dengan berat hati dan gabra giler ... berhenti di depan stesen minyak . Otak pun mula berputar-putar mencari alasan ....

: Laju bawak motor ?
Aku : Maaf Bang ... ehh encik ... err...errr..err.. saya nak cepat nie ... ada hal sikit..
: Awak tak dengar ke saya panggil tadi ?
Aku : Errr..errr... dengar .. ehh .. tak berapa dengar ..
: Ni... nak pergi mana ni ??
Aku : Sanun !
Kawan : Sinun !
( Entah macamana kawan aku ... ikut JAWAB sekali soalan tu . Serentak kami jawab sambil menunjukkan arah jalan YANG BERLAINAN menggunakan isyarat tangan ! Kami berpandangan .... aiseyyyy .... kantoi ...kantoi ...kantoi .. aku berkata dalam hati.

: (sambil senyum) korang sebenarnya nak kemana nie ?
Aku : (tersengih-sengih) ehh .. bang... encik.. err..errr.. kitaorang sebenarnya nak cari kedai spare-part motor.. tapi tak tahu nak gi mana lagi ...
: Hemmm ...hemmm ... tengok ROAD-TAX ngan LESEN !

Alamak ... part nie leerrrr yang paling aku GABRA sekali ... adusssss ... kantoi aku kali nie. Dengan lesu aku bukak sit motor sambil otak terus mencari idea dengan mata memandang ke stesyen minyak(berfikir lerr tuu ..) ! Setelah agak lama ... tiba-tiba kawan aku menegur ..

Kawan : Kau cari apa ??
Aku : Road-tax ... jawab ku ringkas .
Kawan : (sambil tergelak) Mana ada road-tax kat situ ?
Aku : (terperanjat dari lamunan) Ehhh .... !!
Laaa ..... tanpa aku sedari aku sedang membuka PENUTUP TANGKI PETROL untuk mencari road-tax ! yang memerhati mula tergelak-gelak .

Aku : (cover malu & buat2 lupa) Kat mana yea road-tax motor nie ??
Kawan : Bawah plastik beras tu kot .... apa daaa ... bawak plastik beras !!
Aku : (Ciss ... tak guna punya kawan kutuk aku ~ dalam hati) Ha ... ada pun .. nie dia .

: (sambil menahan ketawa) hemmmm .... ada punn .. LESEN ?
Aku : Errr...errr...errr... ada ...nie dia .
: Nie LESEN 'L' nie .. mana boleh naik ...
Aku : Errr...errr..eerrr .. saya tahu bang .. tak boleh naik berdua ... tapi ... hari dah hampir gelap ... kawan saya nie RABUN .. so ... saya terpaksa bawak motor nie. Kawan saya LESEN penuh bang ..
(spontan aku jawab sambil kenakan kawan aku balik ..heeheehee)
: Tengok lesen awak ..
Kawan : Ada...ada...ada.... nah encik ( sambil menunjukkan lesen luar negara )
: Nie bukan lesen Malaysia nie ?
Kawan : Errr...errr... tu international lesen tu... mana-mana negara boleh pakai .
: (sambil memusing-musing lesen tunggang terbalik) mana dia punya KELAS ?? Takde pun tulis B ??
Kawan : (Dengan bangga dan confident) Ohhh ... lesen nie saya amik kat US ... lesen niee boleh bawak semua kenderaan.
: (sambil garu-garu kepala tak paham ) Oh yea kerr ... Hemmm.. okey lah saya lepaskan awak berdua ... tapi awak kena tukar lesen tu yea kepada lesen Malaysia . (sambil gelak-gelak)..saya berdua sebenarnya dari bahagian mencegah jenayah. Kami sedang buat rondaan biasa jerr.

Aku dan kawan : ohhh .... Mekasih bebanyak encik.

Bila tu belah jerrr... kitaorang berdua bantai gelak lebih2 lagi mengenangkan gelagat aku yang gabra tu. Kami CANCEL pergi kedai spare-part .. balik rumah .. sebab udah masuk maghrib ... mandi dan SOLAT dulu lerrr .

Made in Japan

A Japanese man was in a hurry to go to the KLIA airport, so he took A Proton taxi. The taxi driver took his sweet time driving within
the speed limit but the Jap was getting impatient.
The following is their conversation on the way to the airport.
A Toyota Camry overtook the taxi.....zoom....
Jap: Look ...look .... Toyota!! ...very fast!!!.... Made in Japan! Proton...no good.... Made in Malaysia.
Driver: yah....
After a few minutes a Nissan overtook the taxi....zoom.
Jap: look.... Look.... Nissan!!!..... Very good!! Very fast! Made in Japan! Proton.... No good.... Made in Malaysia
Driver: yah....yah...
After a few minutes a Honda overtook the taxi...zooom. !
Jap: look.... Look... Honda!!.... Very GOOD!!....very fast!!....made In Japan! Proton...no good...made in Malaysia
Driver: yah...yah...yah....!
Arriving at the airport. Jap going to pay the taxi driver.
Jap: How much?
Driver: RM150/-
Jap: Oh... Very expensive..... You overcharge!!
Driver: Noooo .... Look .... Look .... Sony meter!!....very good!!....very Fast!.... Made in Japan!

Al - Quran dan kereta Sport

Al Quran dan Kereta Sport

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir
pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...
lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang

hartawan
yang ternama...
si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai
keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan

menjadi miliknya..
Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat

kesungguhannya..
telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..
hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke
bilik bacaannya..
si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang

bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak

tersenyum puas...
di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini
menjadi idamannya itu...
si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah

kotak yang berbungkus rapi dan cantik...
si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati

yang berat...
kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah

ayahnya...
yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;
seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak
itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..
sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi

tulisan khat di muka hadapan...
si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya
membuak...
nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...
ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x
mampu utk membelikannya...
sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...
al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus

meninggalkan si ayah..
tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...
pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas,
dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...
memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...
punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang
sihat...
cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...
Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk

ayahnya...
sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam
ayahnya...
ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya

kepada si anak...
si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan

perwarisan harta...
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...
si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan

1001 nostalgia dlm hidupnya...
hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik
bacaannya...
Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...
bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama

ini...
perlahan2 langkahnya menuju
ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh

keharuan...
tiba-tiba...
jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang
Al-quran itu...
sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...
Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...
di dalam sampul surat itu...
terdapat resit pembelian kereta idamannya...
dibeli pada hari konvokesyennya...
Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...
sepucuk warkah..
tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..
hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....
air mata si anak menitis deras...
hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...
namun semuanya sudah terlambat...

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah,
hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus",
didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Followers

Stat Counter