Thursday, September 25, 2008

Saya kembali daripada Rusia selepas menetap disana hampir 2 tahun. Kakak saya mengambil keputusan untuk memberi kejutan dengan mencipta kad "selamat pulang" dalam bahasa Rusia. Dia melayari laman web yang menyediakan khidmat penterjemahan dan menaip "Selamat Pulang, Cole". Dia kemudian mencetak terjemahan itu didalam 50 kadbod berwarna.

Apabila saya keluar daripada kapal terbang, perkara pertama yang saya nampak ialah keluarga saya, dengan perasaan teruja malambaikan poster yang mengandungi mesej pelik. Kakak saya memberikan satu pelukan dan dengan bangganya menunjukkan kepada saya hasil rekaannya. "Bagus kan?" dia berkata. "Jangan fikir yang saya tak tau bahasa Rusia."

Saya mengakui yang saya terkejut--begitu juga dia apabila saya beritahu dia apa maksud perkataan itu:
"Translation Not Found"

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter