Wednesday, September 24, 2008

aku sudah tau segalanya~

Seorang kanak-kanak terbaca topik kaunseling dalam satu akbar yang menyatakan "Orang dewasa menyimpan sekurang-kurangnya satu rahsia. Pastinya mereka akan rasa bersalah sekiranya kita kata mengetahui rahsia mereka, walau hakikatnya kita tak tau apa-apa."

Tiba di rumah kanak-kanak itu berkata kepada ibunya "Saya sudah tahu segala-galanya!" "Nah amik $20 ini, dan jgn bitau bapakmu.."kata ibunya dengan rasa bersalah..

Kemudian bapak kanak-kanak pulang kerumah selepasa abih kerja. "Saya sudah tahu segala-galanya!". "Bapak akan bagi $40 dah jgn kata apa-apa kepada ibumu", lalu bapaknya memberi $40 kepada anaknya... "Wah ini sudah lumayan. Kalu suma orang bagi duit, kayo den!" pikir kanak-kanak itu.

Pagi esoknya, seorang posmen datang ke rumah untuk meyerahkan surat. Terpikir kanak-kanak itu untuk mengenakan posmen tersebut lalu berkata,"Saya sudah tau segala-galanya!"

Posmen pun berpaling ke kiri ke kanan. Kemudian menghulurkan kedua-dua belah tangan sambil berkata "Kalau begitu, datanglah peluk bapak mu ini, anakku!"

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter