Tuesday, August 01, 2006

Taubat Seorang Pondan

Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan maupun Ponen bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara sebagai Operator cum penyambut tetamu. Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan.. oopssss ... Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang 'wanita'.

Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah ... lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari ... apatah lagi kalau skirt pendeknya kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir ... macam-macam ada ... Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan ... takut-takut ada yang patah katil bujang nanti ... sabun pulak jangan cherita lah ... sejak-sejak kebelakangan ni, asyik kehabisan stok saja ... Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya ..tak sama line lah braderrrr.. Hari demi hari berlalu dengan pantas ... kehidupan kotaraya makin mencabar ... kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan ... kes jenayah makin menjadi-jadi ... , ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari, buat dan buang anak.

Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib rakan sekampong nya yang telah vogue gitu ... Di pendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran satu ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu... dilihat didepannya seorang wanita cantik lagi Ayu ... dengan skirt pendeknya..dan rambut al-ala Norrita..Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di depannya itu sebenarnya akan kawannya si Hamdan ..(Ayu..le) disebabkan ke'Ayu"an. Di panjangkan cerita..Ayu pun masuk ke rumah sambil menangis tersedu-sedu sambil memeluk Ayob.

Ayob yang terkedu dan gabrah cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 999 TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa sesuatu yang telah mula bergerak ... namun Ayob masih maintain machonya Ayob: Pasai apa hang dok teriak nie.. Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku sebenagnya nak bertaubat.. Aku tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi lagi. Aku insaf ... insaf ... TAUBATTTTT ... aku tak mau nama dan gambag aku keluag masuk TV ataupun sorathabag macam dot dot dot tu ... . isk isk isk huaaaaaa ... Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama timangan Hamdan semasa mereka di kampong) Aku pun selalu juga dok doa kut hang balik ke pangkal jalan. Alhamdulillah ... Ayu : Betoi lah Yob ... hang sorang lah kawan aku dunia dan akhirat .. Mulai minggu depan ... Yob aku akan berazam untuk berubah ... kali ni habis-habisan. Aku akan ... jeng..jeng..jeng ... .. ... ... ... pakai tudung dengan baju kurung ala-ala Waheeda gitu.. takmau dah dedah aurat. What say you Ayob? Ayob : #$5@&* !!! Astagfirulllah... ... ..(Ingat taubat betoi-betoi.)

Askar Us dan Askar Msia

Sewaktu di Bosnia ada 2 orang pegawai askar sedang bersembang bersama dengan platoon masing2 disebuah kem UN, seorang pegawai dari Tentera US dan seorang lagi dari Tentera Malaysia,
Maka pegawai tentera US ni bertanya kepada pegawai tentera Malaysia.
"Kalau diikutkan peralatan tentera US lagi bagus dari tentera Malaysia..betul tak" (nak membangga diri la ni), maka jawab pegawai tentera Malaysia "Ya betul tak dinafikan", jadi dah dengar bahawa dia betul jadi tentera US ni nak tunjuk lagak lagi la, maka dia pun berkata
"saya rasa tentera US ni juga lagi pandai serta lagi patuh dari tentara M'sia" pegawai M'sai pun berkata dengan muka selamba
"Saya rasa tak begitu, keupayaan mantel dah tahap kesetiaan tentera M'sia mungkin sama dengan tentera US"
maka mamat Us ni dah dengar marah la pulak dia.
Maka dia dengan tak berpuas hati ajak pegawai dari M'sia untuk beradu kehebatan tentera masing2.
Jadi kedua2 pegawai ini memanggil 1 dari askar terbaik dari platoon masing2.
Iepas itu dengan berlagaknya tentera US itu mengarahkan anakbuahnya
"Sarjan!!! kamu panjat tiang bendera itu sampai atas kemudian terjun FAHAM......!!!!"
maka sarjan itu pun menurut perintah dan memanjat tiang bendera itu dan terjun. Akibat terjunan itu kaki sarjan itu patah dan dia dibawa ke hospital.....
maka pegawai M'sia memanggil sarjannya, dengan tersenyum memberikan arahan yang sama, tetapi askar itu berkata dengan selambanya
"maaf tuan, tuan boleh cium kasut saya.!!!!"
dan beliau pun berlalu pergi...
dengan kejadian itu sempat lagi askar US itu tersenyum kerana berasakan bahawa beliau dah menang...tetapi askar M'sia pun berkata
"Saya tarik balik pernyataan saya rupanya askar M'sia lebih bagus dari askar US kerana askar M'sia tak sebodoh askar US yang sanggup buat kerja sia-sia dan bodoh kerana arahan yang tak munasabah"
dah berlalu meninggalkan askar US itu lalu berjalan dengan askar sarjannya ke kem M'sia

Jamban

JAMBAN...

Keujudanmu bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan.
Ketiadaanmu merupakan masalah besar bagi negara-negara membangun
seperti Malaysia.
Kau berada di mana jua di saat kami memerlukan.
Aku tahu ramai yang membencimu.
Cuma mereka akan ingat pada mu bila tibanya detik-detik yang meresahkan itu.
Ramai yang berkata...baumu kurang menyenangkan.
Tetapi, mereka lupa, bau itu bukanlah bau asal dirimu.
Bau itu sebenarnya datang dari perut mereka dan juga perutku ini.
Ada perut yang mulia dan ada juga perut yang menerima apa sahaja,
walaupun hasil itu bukan yang diterima hukumnya.

JAMBAN...
Kadang-kadang aku berasa kasihan dan simpati mengenangkan nasibmu
yang terbiar tanpa penghargaan.
Mereka menyumbat mulutmu dengan baja semula jadi itu dan kemudian
mereka mengutuk dan mencacimu.
Sungguh besar pengorbanan yang kau lakukan. Namun jasamu tidak
dikenang.
Bagiku keujudanmu adalah simbolik di dalam kehidupan yang penuh ketidakadilan ini.
Yang bertenggek di atas terus menyalahkan sesuatu yang di bawah...yang lemah dan tidak mampu melawan.

JAMBAN...
Aku berasa sungguh tenang setiap kali dapat bersamamu.
Segala masalah bagai dapat aku lupakan.
Terasa lapang dadaku...terasa lega mindaku.
Fikiranku menjadi tenang setenangnya air di dalam aquarium yang
tidak berpenghuni.
Kaulah sumber ilhamku.
Kadang-kadang aku terfikir...adakah Shakespere juga menyanjungi
keujudanmu?

JAMBAN...
Ketika aku menulis catatan ini...aku tahu...karya sebegini tidak akan terpilih sebagai Karya Terbaik Minggu Ini...
Kerana tajuknya 'JAMBAN'.
Jika anugerah itu diberikan...pasti ramai yang akan mempertikaikannya.
Eeee....kotor dan menjijikkan...macam la tak ada benda lain yang
nak ditulis.
Sudah banyak daerah dan negara yang aku lawati.. .
Namun aku tidak pernah mendengar sebarang penghargaan yang diberikan kepadamu.
Misalnya...'Jamban Terbaik Minggu Ini'...
Ataupun sekurang-kurangnya...'Jamban Terbaik Abad Ini'.
Mungkin tiada siapapun yang akan terfikir untuk memberi anugerah
seumpama itu kepadamu.
Kau bukan bunga...kau bukan batu permata dan kau bukan juga lambang
semangat muhibbah dan kejiranan. ko cuma jamban..

JAMBAN...
Ribuan terima kasih aku ucapkan atas jasamu selama ini...
Dan terima kasih juga kepada mereka-mereka yang melibatkan diri di
dalam usaha pembersihan jamban.
Aku tahu kerjaya seumpama itu selalu dipandang hina dan langsung
tidak mendapat perhatian.
Bayarannya juga amat sedikit dan mengharukan.
Namun aku kagum dengan kesanggupan kalian kerana aku tahu...
Aku juga mungkin tidak mampu untuk melakukannya. tak sanggup aku
mengangakan mulutku seperti mu...
Jika ada yang menghina...bersabarlah...walaupun kerja itu kotor namun hasilnya adalah halal.

JAMBAN...
Sampai di sini sahaja yang mampu aku tuliskan untukmu sebagai penghargaan.
Telah lama aku terfikir untuk menulisnya....
Dan sekarang aku sungguh lega kerana berjaya meluahkan apa yang
terbuku di kalbuku selama ini.
Hari ini aku tak berapa sihat....jadi aku nak tidur awal sikit.
Nanti bila aku terjaga pasti kita akan bertemu lagi.
Aku tahu kau tak akan lari.
Kau sentiasa setia menanti di situ.

Burung Kakak Tua

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata
yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu... )

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru

Setiap pagi ada 3 orang cikgi melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgi yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir... ..

Setiap hari burung ni tengok cikgi-cikgi tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi... . tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgi-cikgi tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia... then tonyoh tonyoh sikit mata dia... dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia... pas tu dia jerit kuat-kuat... .

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgi-cikgi tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang... ..

Keesokan harinya cikgi-cikgi tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila cikgi ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi... ... .

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"

Cikgi-cikgi tu terkejut... dan berjalan cepat-cepat lagi..sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa... ..cikgi pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?"
Cikgi kedua menjawab "Tak tau pulak ... . ahli
sihir ke apa ntah... .." .

Cikgi ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer... .. tak pe, kita tengok besok pulak camana... "

Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgi-cikgi tu lalu depan rumah burung tu... . burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah... ... .."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu... dua... " dan seterusnya.

Bila cikgi ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung... . Burung pun tengok... . dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgi-cikgi berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi... Cikgi pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap... . heh, apa nak buat hah?". Cikgi kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu... ".Cikgi ketiga... ."Aku tau... apa kata esok kita semua
pakai color hitam". "Okey... Set!!!!!" balas depa... ..

Keesokan harinya... ... sama juga... . bila< ke sekolah, burung tu jerit lagi...

HITAM!!HITAM!!!HITAM!!!!"

Cikgi-cikgi tu berlari anak lagi... .di sekolah mereka berbincang... . cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent... "
Cikgi kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna... .". Cikgi ketiga... "Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."

"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je... . bila cikgi-cikgi tu nak ke sekolah, burung tu tengok... . ditenungnye lama-lama... cikgi-cikgi tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... ... sambil toleh-toleh kat burung tu... burung tu tengok lagi... . dia naik-naikkan matamacam Ziana Zain gitu... .dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng... ..dah tu dia pandang ke depan balik... . dia garu-garu kepala... dah tu usap-usap
dagu... ..dia cekak pinggang... .. dah tu burung tu
pegang dagu lagi... pastu dia senyum... ..dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer... ..

Cite kotor

Satu hari sekembalinya Pak Pandir dari kedai kopi setelah pekena secawan kopi menuju kerumahnya, dengan tidak semena-mena dari jauh Pak Pandir terlihat selambak timbunan di tengah-tengah jalan. Pak Pandir menghampiri lambakan tersebut setelah dekat Pak pandir berkata "..benda ni nampak macam tahik manusia tapi......." Pak Pandir tak berpuas hati lalu menghulurkan tanganya dan mencuit sedikit lambakan itu lalu berkata "...benda ni melekit memang macam tahik tapi......."Pak Pandir masih lagi tidak berpuas hati lalu dia membongkokkan badan nya lalu mendekatkan hidungnya dengan lambakan tersebut" .......fuhhh bau power memang bau tahik ni tapi............" Pak Pandir masih lagi was was lalu dia mencuit lagi sedikit lambakan itu dengan tanganya lalu memasukan sedikit hujung lidahnya lalu Pak Pandir berkata ".......CELAKA BETUL NI MEMANG SAH TAHIK!!!!!"
Why Did the Chicken Cross The Road? What The
Experts Had To Say...


Kindergarten teacher:
Because it wanted to get to the other side.

Aristotle:
It is the nature of chickens to cross roads.

Ronald Reagan:
I forget.

Arthur Andersen (consultant):
Deregulation of the chicken's side of the road was
threatening its
dominant market position. The chicken was faced
with significant
challenges to create and develop the competences
required for the newly
competitive market. Andersen, in a partnering
relationship with the
client, helped the chicken by rethinking its
physical distribution
strategy and implementation processes. Using the
Poultry Integration
Model (PIM), Andersen helped the chicken use its
skills, methodologies,
knowledge, capital and experiences to align the
chicken people, processes
and technology in support of its overall
strategy within a
Program Management framework.

Richard M. Nixon:
The chicken did not cross the road. I repeat, the
chicken did NOT cross
the road.

Computer Programmer:
In order for the chicken to cross the road safely
they would need more
than one driver to access the server farm, if not
they will hang in the
middle of the road.

Jerry Seinfeld:
Why does anyone cross a road? I mean, why doesn't
anyone ever think to ask
"What the heck was this chicken doing walking around
all over the place
anyway?"

Bill Gates:
I have just released the new Chicken Office 2006,
which will not only
cross roads, but will lay eggs, file your important
documents, and balance
your checkbook.

Dr M:
You know, I am tired of all this...'apa-nama'
chicken-chicken bisnes...the
foreign powers should stop intervening in our
domestic affairs and
just leave our chickens alone.. If they want
to... 'apa nama' cross the
road, they should be allowed to cross the road...
Malaysiais a
democratic country; we let our chickens do whatever
they want to do... as
long as they don't threaten the Malay unity
and try to topple
the government...and if they plan to do so...
we won't hesitate to use the ISA...

Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja...jangan
percaya khabar - khabar
angin ini semua... biasalah ini adalah taktik
pembangkang untuk
memecah belahkan perpaduan ayam-ayam semua...
jangan percaya... jangan
percaya...

Sammy Vellu:
Ayyooyoo... belakang cerita lain kali, kita sude
bikin banyak jembatan,
itu ayam musti guna jembatan untuk lintas itu jalan
lagi pun kalu itu
ayam mau pigi jalan-jalan, beritau sama saya
juga, saya bolley buat
lebbey banyak toll........

Karam Singh Walia:
Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan
ayam-ayam itu sedang melintas
jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah
membuang najis di atas
jalan dan ini adalah pencemaran yang paling hebat
di maya ini.
Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil
inisiatif untuk melatih
ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas
jalan, sekian saya sudahi
dengan.........Ayam di jalan di lintaskan; Ayam di
reban mati tak makan.

Colonel Sanders:
I missed one?

Bill Clinton:
I've had so many chicks, I can't remember...

Wan Kamarudin:
Ape kenyer ini semua, KL dah jadik reban
ayam, mak bapak ayam asyik
menganga saje.

Zainal Ariffin Ismail:
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat
ayam-ayam ini melintasi
jalan-jalan di kampung ini pada waktu malam. Adayang
menyatakan ayam-ayam
ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga
mengaitkan ia berkaitan dengan
peristiwa silam di kampung ini. Apakah
sebenarnya maksud tersirat
ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri,
"Jangan biarkan hidup
anda diselubungi misteri........."

Zainal Alam Kadir:
"Ayam siapa kalau bukan ayam kita..."

Albert Einstein:
Did the chicken really cross the road or the road below the chicken is moving?

Izwan :
Hurm?ayam yg mlintas ke aku yg mlintas???aaa..aku confuse~

Tips To Get Promoted

Tips To Get Promoted

Gila , Gaduh Dan Otak

Al-kisah,citer nie terjadi kat kg segan hidup,mati tak mahu........

Adapun terdapat tiga orang sahabat yang bernama GILA,OTAK dan GADUH....

Satu hari tu,lepas dia orang keluar gi enjoy2 didapati GADUH dah hilang.....tungu punya tunggu sampai lebih 24jam,GILA ngan OTAK nie risau ler...apa lagi nak tak nak terpaksa le buat report.DI balai polis..........


"GILA,ko tunggu kat sini arr biar aku yang masuk buat report.."kata OTAK
"ok set..."


"HA,awak nak apa.."kata pegawai polis yang bertugas
"saya nak cari GADUH.."kata gila

"apa,ko nie gila ke nak cari gaduh dengan polis!!"
"saya memang GILA cik.."

"eh,ko nie tak de otak ke.."
"OTAK ada kat luar cik..."

"kau nie nak kena tangkap ke?"
"tak cik,saya nak cari GADUH je..."


dan pertelingkahan terus berlarutan,akhirnya GILA dan OTAK pun balik ke rumah dengan hampa...Dan GADUH,sampai sekarang tak dijumpai lagi...


kalo sape2 jumpa GADUH bagitau ye....

Stress?Nah jawapannya

Followers

Stat Counter