Tuesday, May 30, 2006

budak kene pulau

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Saya adalah penjaga gol!"

-----

saya bukan dara lagi...

Sepasang suami isteri bertengkar pada malam pertama perkahwinan mereka..
Si isteri mengaku pada suaminya yang dia tidak ada dara lagi....

Isteri : "Abang.. maafkan saya kerana saya tidak ada dara lagi...."

Mendengar penjelasan itu... suaminya sangat marah dan menyesal....

Suami : "Mengapa awak tak berterus terang dari dulu lagi..? Kalau begini lebih baik saya kahwin dengan janda saja!!!..."

Isteri : "Kebetulan bang... saya memang seorang janda."

------

pelacur x sedar diri

Suatu hari Pihak Majlis Agama Islam telah melakukan operasi dikawasan
pelacuran...

Petugas : "Engkau akan saya bawa ke Pejabat Majlis Agama Islam!"

Pelacur : "Tak kisah kemana pun.. janji bayarannya ok..!"

----------

rakaman ayam

Perbualan ini dirakam ketika dua ekor ayam terawal diciptakan didunia sedang berbual..

Ayam Jantan : "Apakah engkau benar² menyintai aku?".

Ayam Betina : "Iyalah! mana ada ayam jantan lain selain kamu..!".

-------

penyebab kebakaran

Seorang Menteri meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas, sehingga menimbulkan kerugian yang agak besar.
Menteri tersebut bertanya kepada salah seorang pegawainya yang berada berhampiran:
"Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?"
"Api, Tuan!", sahut pegawai yang ditanya dengan pantas.

--------

Bodoh ke bangang?

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....

------------

ansuran tetiap bulan

Ada ler plak cerita pasal sepasang kekasih nih yang dah ber'couple' sejak bangku sekolah lagi.Satu hari gelfren dia ni terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menyebabkan gelfren dia tu kekurangan banyak darah.Oleh kerana sayang "benget" ngan gelfren dia,si befren ni telah mendermakan banyak darah kat gelfren dia ni.

Setahun dari kejadian tu, si gelfren ni telah berkenalan dengan sorang mamat yang macho dan dia terus jatuh cinta ngan mamat tue.Aper lagi, si gelfren ni pun putuskanlah hubungan dia ngan befren dia yg lama tu.Si befren ni punyalah geram, dan dia berkata, "Tak kenang budi punyer awek!! Bagi balik darah yang aku derma kat kau tahun lalu"!!

Si Gelfren yang sedang datang bulan membalingkan tuala wanitanya ke arah befren dia dan berkata,"Nah aku bayar ansuran tiap-tiap bulan!!!"

-------------

"P" Mane?

Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Naspie. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Adala police road block ...

: "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
: Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).
: Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).
: Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu

----

salah sape?

Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.

Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00

"Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?" tanya si suami terkejut.

Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, "Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya bertaraf antarabangsa."

"Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut," kata si suami berkeras.

"Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan," kata si pengurus tak mau kalah.

Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.

"Ini baru RM 50.00?" tanya pengurus.

"Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar... iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya"

"Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik..."

"Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan..."

No comments:

Followers

Stat Counter