Tuesday, May 30, 2006

air~~

Dua orang pekerja Indah Water... seorang pekerja senior dan seorang pekerja baru..
sedang memeriksa meter air di sebuah kawasan perumahan..

Mereka meletakkan keretanya di hujung kawasan perumahan itu dan berjalan kaki ke hujung yang lainnya.

Di rumah terakhir, seorang wanita melihat dari jendela dapur ketika dua pekerja itu sedang
memeriksa meter air di rumahnya.

Sesudah menyelesaikan tugasnya di semua rumah.. si pekerja senior mengajak si pekerja baru
untuk berlumba lari dari rumah terakhir ke tempat kereta mereka di letakkan.

Perlumbaan itu adalah untuk membuktikan bahawa meskipun usianya lebih tua..
tetapi si Pekerja senior ini masih dapat mengalahkan si pekerja baru...

Ketika mereka sampai di tempat kereta... barulah kedua pekerja tadi sedar yang wanita
penghuni rumah terakhir turut ikut berlari di belakang mereka.

Kedua pekerja itu segera menanyakan apa yang telah terjadi.
Sambil termengah².. wanita itu menjawab..

"Tadi saya melihat anda memeriksa meter air.. tiba2 melarikan diri dengan kencang..
saya khuatir dan mengambil keputusan untuk menyelamatkan diri..!".

No comments:

Followers

Stat Counter