Thursday, June 29, 2006

Minyak Bole Mengubah gaya hidup seseorang

Selaras dengan seruan Timbalan Perdana Menteri supaya
rakyat ubah gaya hidup bagi menampung kesan kenaikan
minyak , berikut diberikan beberapa panduan kepada
pelbagai lapisan golongan masyarakat daripada golongan
rakyat ke pemimpin rakyat, daripada golongan miskin ke
golongan kaya untuk mereka ubah gaya hidup mereka.

Jika sebelum ini kita kerap makan luar, amalkanlah
makan dirumah. Jikalau tiada masa untuk memasak,
pastikan mempunyai stok mi segera yang banyak. Tapi
kalau orang yang memang tidak pernah makan luar yang
duit belanja dapur hanya cukup untuk makan dirumah ,
macam mana mereka hendak ubah gaya hidup mereka ?

Jika sebelum ini kita menghantar anak ke sekolah
dengan kereta kita, hanya anak kita seorang, maka
sekarang kita berpakatlah dengan jiran-jiran untuk
bergilir-gilir menghantar anak-anak ke sekolah. Tapi
kalau sekarang pun sudah ramai anak jiran yang
menumpang kereta kita, macamana kita hendak ubah gaya
hidup ?

Jika sebelum ini kita menaiki kereta ke tempat kerja,
maka usahakanlah untuk menaiki motosikal. Tapi kalau
kita memang dari dulu naik motosikal bagaimana kita
hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini kita kerap melancung ke luar negara,
maka mulai sekarang melancunglah di dalam negara. Tapi
kalau kita memang tidak pernah pergi melancung
mana-mana hanya balik beraya di kampung, bagaimana
kita hendak ubah gaya hidup.

Jika sebelum ini anak kita bawa wang saku sebanyak RM
1 - RM 5 ke sekolah untuk membeli makanan, maka mulai
sekarang buatkanlah bekal untuk anak-anak kita. Tapi
kalau anak-anak kita dari dulu lagi kita sudah
bekalkan makanan mereka ke sekolah kerana tidak mampu
beri wang saku , bagaimana kita hendak ubah gaya hidup
?

Jika sebelum ini kita kerap menonton wayang, berhibur,
maka mulai sekarang duduklah sahaja berhibur dirumah,
menonton televisyen, bermain dengan anak-anak. Tapi
kalau memang dari dulu kita berhibur dengan menonton
televisyen di rumah dan bermain dengan anak-anak,
bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini kita kerap membeli pakaian baru
hampir setiap bulan, maka mulai sekarang belilah
pakaian baru setahun sekali masa Hari Raya sahaja.
Tapi kalau kita sekarang pun membeli pakaian baru
apabila pakaian lama sudah koyak atau lusuh bagaimana
kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini kita merokok sekotak dua kotak sehari
, maka mulai sekarang hisaplah sekotak atau dua kotak
seminggu atau berhenti terus. Tapi kalau kita dari
dulu pun tidak hisap rokok bagaimana kita hendak ubah
gaya hidup.

Banyak lagi contoh yang boleh dibawa di sini, cuma tak
mampu hendak menulisnya.

Kesimpulannya, orang yang hidup mewah, orang yang
berada, buat apa mereka nak susah-susah untuk ubah
gaya hidup mereka kerana mereka masih mampu untuk
berbelanja walaupun minyak naik lebih 30 sen seliter.

Orang yang sederhana hidupnya dan berjimat cermat
mungkin masih dapat bertahan.

Orang yang susah yang tidak boleh lagi ubah gaya hidup
mereka hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar atau
menadah tangan untuk mengemis. Takutilah doa-doa
golongan yang sebegini.

No comments:

Followers

Blog Archive

Stat Counter