Wednesday, September 24, 2008

Life is Short kalau salah pilih kereje!





sape nak beli mercun?

My Car?

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak...

Tips beraya ke rumah AWek!

Eheemmmm???si dia mengajak anda beraya ke rumahnya! Saya pasti ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran???. Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah, saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati kepada kaum keluarga, bukan!

Baju mana yang nak di pakai? Tudung pula perlu ‘matching???dengan baju…???Iyerlah, pertama kali bertemu muka dengan ‘bakal mertua??? Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan tata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan ‘mak datin’??? Naya kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat ‘lampu merah???

Tip 1 : Jaga Penampilan - Pakai baju yang macam baju

Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan ‘jeans???sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.

Tip 2 : Bawa Teman - Teman yang bleh dipercayai (bukan teman yang ber'tanduk' dua)

Elok jika anda membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan anda di mata keluarganya.

Tip 3 : Kenali Ahli Keluarganya - Lepas ni jangan plak buat2 tak kenal bila jumpa kat pekan

Teman anda tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat ‘green light???untuk masuk ke dalam keluarga si dia.

Tip 4 : Jaga Adab Sopan - Makan sikit je walaupun tengah lapor tak makan seminggu

‘First impression???selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.

Tip 5 : Bersikap Ramah Mesra - Ramah tapi tak mesra pon bleh kalau rasa korang main2 je dlm hubungan ni

Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya). Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda ‘merapu??? Dan jangan terlalu ‘excited???semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!

Tip 6 : Murahkan Senyuman - Senyumlah-senyumlah wahai cik mek molek

Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam ‘kerang busuk???pulak!

Tip 7 : Sediakan Buah Tangan - Buah tangan je jgn plak kasi buah buku lima

Kad Kawin Alaf Baru

Pernah tak korang alami...?

Pernah tak anda rasa nak kentut sgt masa tengah lepak ngan kawan
berlainan spesis/jantina, anda tahan sgt sampai terkulat muka?

Pernah tak masa anda tengah jenjalan kat depan khayalak ramai,
tetiba tu seluar spender/panties cam terselit kat celah bontot, rasa cam tak
selesa sgt, ikutkan hati nak aje tarik spender/panties itu?

Pernah tak masa tengah dalam jam, anda korek hidung, lepas tu
tengok tahi hidung itu, kemudian gentel dan jentik?

Pernah tak anda mengalami situasi di mana celah bontot amatla
gatal yang amats, di depan khalayak ramai, menyebabkan terpaksalah anda
menahan kegatalan itu dengan tabah?

Pernah tak anda tunggu kawan anda di suatu tempat contohnya di
hartamas,lepas tu anda jadi resah dan kesah sebab semua orang kelihatan cam
memandang anda sbb anda satu-satunya makhluk yang berdiri, lalu anda pun
buat-buat aksi yang menunjukkan anda sedang menunggu orang,
contohnya melihat-lihat jam tangan?
Pernah tak anda memandu kereta manual, lepas tu disebabkan kesilapan teknikal kereta anda terjerk macam kuda dan mati, sekali lagi dikhalayak ramai contohnya di depan kedai makan, lalu anda pun membatalkan
niat hendak ke kedai itu untuk menutup kemaluan yang amat?

Pernah tak di bulan puasa di waktu siang, anda berpura-pura kononnye membelikan makanan untuk kawan bukan Islam anda, dan mengadakan perbualan palsu di telefon contohnya, "haa helo Mike, aku dah belikan bigmac kau! Kau nak air ape siot?"

Sekiranya anda pernah melakukan satu atau dua atau lebih perkara
diatas, tahniah diucapkan! Kerana anda telah berjaya menjadi manusia normal!"

How to Survive in office


aku abang dia!

Suatu hari azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa...
Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu.
Cuaca panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat didalam trafic jame
Azman " Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape pula sesak hari ni"
Isteri " Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke".
Dengan perasaan marah Azman berkata " Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu ajelah yang awak tau".
Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul.
Azman " Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu"
Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku.
Ada accident la encik. kata sorg mat rempit.
Lalu Azman pun menjerit " Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii,Akuuuu abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!
Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan.
Dalam hati azman berbangga dan berkata "menjadi juga idea aku ni"
Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya azman matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu...
.............
................
........................
...............................
......................................
Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya
Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor monyet!!!!!!

Funny cat





Tugas Daun Pisang

Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, cikgu

Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu

Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?

Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...

Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Followers

Stat Counter