Tuesday, August 15, 2006

Lesbian

Seorang lelaki berwajah kebodohan memasuki sebuah café. Dilihatnya seorang perempuan yang
sangat cantik duduk bersendirian. Lelaki tersebut mendekatinya dan menyapanya,

"Hello, boleh kita berasmara?".

"Boleh, tapi jangan mengharapkan apa-apa..." jawab si perempuan.

"kenapa?" tanya si lelaki.

"Kerana aku lesbian," jawab si perempuan.

"Apa? Kau orang lesbian?"

"Kau tahu tak lesbian itu apa?"

lelaki menggeleng kepala.

"Begini," si perempuan berusaha menerangkan,

"Kau lihat perempuan cantik si sana? Aku akan berhubung seks dengannya sepanjang malam."

Lelaki kebodoh bodohan tadi tiba-tiba menundukkan kepala seperti kelihatan malu.

"Apsal kau tunduk?" tanya si lesbian.

Si lelaki mengangkat kepalanya dan berkata,
"Ya Tuhan, rupa-rupanya aku lesbian juga."

Buku yang Membosankan!

Seorang gadis cantik menghampiri meja pengawas perpustakaan di Sebuah Perpustakaan Umum.

"Minggu lepas saya meminjam sebuah buku, tapi itu adalah buku yang paling membosankan
dalam banyak buku yang pernah saya baca sebelum ini. Tidak ada cerita sama sekali.. juga terlalu
banyak watak didalamnya... pelik sungguh!"

Pengawas perpustakaan menyahut...

"Oh, pasti Andalah orangnya yang telah mengambil buku telepon kami."

Parti Orang Terkenal

Habsah menghadiri sebuah Parti Harijadi yang terdiri dari orang2 terkenal disebuah Hotel.

Ketika hendak hendak pulang... dia dihampiri oleh penjaga tempat parking...

"Mari, cik adik... boleh saya teman kan ke kereta.."

Habsah hairan macamana penjaga parking mengenalinya... apabila hampir ke keretanya.. penjaga parking berkata..

"Itu kereta cik adik..." sambil menunjuk kearah kereta Habsah...

Kini Habsah semakin hairan macammana penjaga parking itu dapat pula mengenali keretanya... sedangkan
disitu terdapat ramai orang2 terkenal serta beratus2 buah kereta mewah....

Dalam hati Habsah berkata..
"Ini pertama kali aku datang ke hotel ini... tetapi penjaga parking ini kenal aku dan keretaku.
mungkin kerana penampilan dan wajahku... Mungkin wajahku mirip dgn mana-mana orang terkenal di sini?"

Untuk memastikan dugaannya betul atau tidak.. Habsah memutuskan untuk bertanya kepada penjaga Parking itu.

"Bang.. macamana abang boleh mengenal saya dan kereta saya. Padahal ada ratusan tetamu
dan ratusan kereta yg di parking di sini ...?"

"Oh, itu senang saje.. Cik adik ni adalah satu-satunya tetamu yang bukan orang terkenal di parti ini!"

Ujian Paling Susah

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..
sedang berlangsung ujian berkaitan serangga..

Ujian kali ini susah susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan
jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh
Pensyarah...

Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab
soalan ujian.

Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar
dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!"

Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata..

"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau???!!!"

Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya
ke pintu sambil berkata...

"Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"

Nyah

Suatu malam pihak polis membuat serbuan di kawasan mak nyah..
Ramai nyah telah diangkut ke trak polis dan disoal siasat di balai...
Salah seorang dari nyah itu.. tidak mengaku yang dia adalah nyah..
sebaliknya mengatakan dia adalah wanita tulin...

Polis : "Siapa nama kamu???!!!"

Nyah : "Ti... encik..."

Polis : "cakap betul2 jangan bohong!!!!"

Nyah : "Iya... encik... betul nama saya Yati..."

Polis: "Bohong!!!! Pasti bohong!!! Kalau bohong mati engkau..."

Nyah (mengeluarkan suara aslinya): "Yatim... encik!"

Senangnye english


Seorang anak baru habis menuntut di luar negera diuji oleh ayahnya yang sebenarnya tidak tahu
berbahasa ingeris sedikitpun, untuk mengetahui sejauh mana kemampuannya anaknya berbahasa ingeris

Ayah : "Buku dalam BI.. apa?"

Anak : "De buk" (the Book)

Ayah : "Pena dalam BI..apa?"

Anak : "De pen" (The Pen)

Lalu ayahnya berfikir bahawa BI adalah senang.. setiap benda dalam BM bila diterjemah ke BI mesti ada
'De' dan perkataan berikutnya dipendekkan...

Lalu ayahnya menemui rakannya dikedai kopi..

Si Ayah : "Aku boleh berbahasa BI"

Rakan : "Ok.. cuba cakap dalam BI...'Kambing makan rumput'

Si Ayah : "De kam de mak de rum"

Penjara

Sepasang pengantin baru sedang bersiap untuk menikmati malam pertama mereka.
Pengantin perempuan berkata...

"Bang.. saya tidak tahu apa-apa tentang seks. bolehkan abang menerangkannya
terlebih duhulu sebelum kita melakukannya?"

"Seks itu umpama penjara, awak punya adalah selnya dan abang punya adalah
penjahatnya. Di penjara.. penjahat harus dimasukkan ke dalam sel" terang pengantin lelaki.

Lalu mereka pun mulai bercumbu mengarungi lautan asmara.

Apabila sudah selesai dan si pengantin lelaki sedang berbaring untuk tidur...

pengantin perempuan berkata, "Abang, penjahatnya terlepas."

Pengantin lelaki yang keletihan akhirnya bangun semula untuk melayan isterinya yang masih belum puas

Setiap kali selesai, pengantin perempuan akan mengatakan bahawa penjahatnya terlepas atau melarikan
diri, keluar dari selnya.

Setelah lebih 10 kali mengulanginya... si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata..

"Ayang.... penjahat yang ini sebenarnya tidak menjalani hukuman seumur hidup..."

Petua 3"B"

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?
Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"

Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai
saya sepenuh hati..."

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'...
apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seornag gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ...."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz?"

Ustaz : "BERCERMIN!"

Usaha Seorang Mahasiswa

Malam menjelang hari peperiksaan.. seorang pelajar melemparkan syiling...

"Kalau gambar... saya akan tidur... kalau nombor... saya akan menonton tv....
Kalau syiling ini berdiri... baru saya akan belajar."


Abis basah

Seorang tentera laut yang baru saja bertugas beberapa hari di sebuah kapal selam, telah dipecat dari jawatannya atas tuduhan menenggelamkan kapal selam bersama tentera laut yang lain... Ketika ditemuramah wartawan, dia mengaku tidak bersalah. "Waktu kejadian kapal selam itu tenggelam, saya baru habis bertugas, dan sedang bersiap untuk tidur.", "lalu apa yang anda lakukan sebelum tidur?" tanya wartawan. "Ya seperti kebiasaan di kampung... saya akan buka jendela sebelum tidur.... Abis basah...!! ", jawabnya dengan tenang

Followers

Stat Counter