Thursday, June 29, 2006

kekayaan bill gates

Read it completely.

1. Bill Gates earns $250 every SECOND, that's about $20 million a DAY and $7.8 billion a YEAR!

2. If he drops a thousand dollars, he won't even bother to pick it up because in the 4 seconds it takes to pick it up, he would have already earned it back.

3. U.S's national debt is about $5.62 trillion. If Bill Gates wants to pay the debt by himself; he will finish it in less then 10 years.

4. He can donate $15 to everyone on earth and still be left with $5 million for his pocket money.

5. Michael Jordan is the highest paid athlete in the U.S. If he doesn't drink and eat, and keep his annual income at $30 million, he'll have to wait for 277 years to become as rich as Bill Gates is today.

6. If Bill Gates were a country, he will be the 37th richest country on earth.

7. If you change all of Bill Gate's money to $1 bills, you can make a road from earth to moon 14 times back and forth. But you will have to make that road non-stop for 1400 years, and use a total of 713 BOEING 747 planes to transport all the money.

8. Bill Gates will be 42 this year. If we assume that he still can live for another 35 years, he has to spend $6.78 million per day to finish his money before his death.

The Best Part¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K..

9. BUT!!! If we the Microsoft Windows users claim $1 for every time their computers hang because of Microsoft Windows, Bill Gates will go bankrupt in 3 years.

lawak sX sesikit

XL
Seorang wanita muda yang cantik dengan malu-malu bertanya serta berbisik pada penjual sebuah pasaraya

"Cik, bahagian yang jual kondom XL dimana?"

Setelah ditunjukkan dan mengucapkan terima kasih dia pun menuju ke bahagian tersebut.
Setelah beberapa jam, wanita tersebut tidak juga memilih salah satu kondom tersebut,
maka penjual tadi bertanya

"Akak mahu pilih yang mana?"

Wanita itupun segera menjawab,
"Oo.. sebenarnya saya tidak mahu beli...!
Saya cuma ingin berkenalan dengan orang yang akan membeli kondom ini.."


SENGATAN LEBAH
Suatu hari seorang petani tidak dapat menahan lagi untuk membuang air kecil.
Ia lari ke semak berhampiran dan kencing di situ.

Pada waktu itulah seekor lebah hingap dan menyengat alat kelaminnya.
Petani tersebut sangat sakit dan kemudian melihat alat kelaminnya membengkak.

Tidak tahan menahan kesakitannya, petani tersebut menjerit...

ADUHHHH ! SAKITNYAAAAAAAAAAA !!!!. TAPI WOW BESARNYAAAAA !!!

keikhlasan di hati

Diceritakan bahwa pada suatu hari seorang soleh bernama Ata' Al Azraq disuruh isterinya pergi ke pasar untuk membeli suatu keperluan.

"Bang ,boleh tolong pergi kepasar." kata isterinya.
"Hendak membeli apa ?"
"Membeli tepung. Bahan makanan kita untuk hari ini sudah habis."
"Mana wangnya ? Aku tidak mempunyai wang." kata Ata'.
"Ini wangnya dua dirham."

Pergilah Ata' Al Azraq ke pasar untuk membeli tepung berbekalkan hanya wang dua dirham itu sahaja.Sekiranya wang tersebut hilang tentu dapur runmahnya tidak berasap.

Sesampainya di pasar sedang dia mencari kedai yang menjual tepung tiba2 terlihat seorang hamba abdi sedang menangis.Dia berdiri di bawah sebuah bangunan sembil mengesat2 air matanya yang mengalir tidak berhenti2. Kelihatannya begitu sedih dan takut sekali namun tiada seorang pun yang mengambil tahu apa yang terjadi kepadanya.

Ata' sangat kasihan melihat keadaan hamba tersebut lalu menghampirinya untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya.

"Mengapa kamu menangis ? Tak baik menangis di tempat orang ramai seperti ini." kata Ata'.
"Aku kehilangan duit." jawab hamba tersebut.
"Kalau sudah hilang mahu dibuat macamana lagi ?"
"Tapi duit tersebut milik tuan saya yang disuruh membeli barang." "Agak2 di mana ia hilang ?"
"Tak tahu.Aku sudah puas mencarinya namun tidak juga berjumpa."
"Kalau begitu beritahu saja pada tuanmu,tak usah menangis."
"Aku takut dia akan marah dan memukul aku." kata hamba itu ketakutan.

Ata' sangat kasihan terhadap hamba itu.Dia dapat membayangkan sekiranya tuan hamba itu seorang yang kejam dan kaki pukul tentu hamba tersebut akan dibelasahnya.

"Berapa duit yang hilang itu ?" tanya Ata' lagi.
"Dua dirham saja."
"Kalau begitu ambillah wang dua dirham ini sebagai pengantinya dan belilah apa2 yang disuruh oleh tuanmu."
"Terima kasih pak cik." kata hamba itu.

Dengan wang dari Ata' tadi si hamba segera beredar dari tempat tersebut dan pergi ke kedai membeli barang yang dipesan oleh tuannya. Tinggallah Ata' terpaku sebentar kerana tidak tahu apa yang hendak dibuat.Dia berfikir2 bahwa isterinya sedang menunggu2 tepung yang dipesannya namun wangnya sudah tidak ada lagi.

Bagaimanakah dia akan mendapatkan tepung ? Padahal perutnya dan perut keluarganya sudah lapar. Untuk pulang dan berterus terang kepada isterinya dia takut kalau2 isterinya akan marah.

Dalam keadaan binggung dia pergi ke masjid. Di sana dia mengambil air sembahyang lalu mengerjakan solat sebanyak2nya. Lepas itu dia berdoa kepada Allah meminta rezeki dan lain2. Dia juga mengharap agar ada sesuatu yang dapat menghilangkan kesempitannya namun tiada jua.

Kemudian dia pergi ke sebuah kedai milik kawannya yang bekerja sebagai tukang kayu. Di situ dia bertanya barangkali ada sesuatu yang dapat dimanaafatkannya.

"Aku tidak ada apa2.Serbuk kayu adalah.Kau boleh ambil itu untuk menyalakan api." kata temannya.

Dari pulang dengan tangan kosong Ata' membuka kantongnya lalu diisinya dengan serbuk kayu tersebut sehingga penuh. Kemudiann diikatnya dan dibawa pulang. Orang yang tidak tahu menyangka tentu di dalam kantong tersebut berisi tepung sebagaimana kebiasaaanya.

Setibanya di rumah,Ata' membuka pintu lalu diletakkannya kantong tersebut. Kemudian dia bergegas pergi ke masjid dam mengerjakan solat sambil berdoa kepada Allah. Seolah2 dia tidak mahu tahu apa yang akan terjadi sekiranya isterinya membuka kantong tersebut yang isinya hanyalah serbuk kayu.

Dia terus berada di masjid sehingga selesai menunaikan solat Isyak dan tidak mahu pulang juga. Apabila diagak keluarganya sudah tidur maka pulanglah Ata' ke rumahnya.

Dengan perlahan2 dia melangkah agar orang yang tidur tidak sedar kedatangannya. Tetapi didapatinya keluarganya belum tidur malah sedang membuat roti yang sangat sedap baunya. Dia sangat hairan dari mana keluarganya mendapat tepung sedangkan wang untuk membeli tepung tadi digunakan untuk menolong orang.

"Dari mana adinda mendapat tepung ?" tanya Ata'
"Dari kantong yang abang bawa itulah,dari mana lagi. Saya kan suruh abang membeli tepung tadi,dah lupakah ?" jawab isterinya.
"Ooooo. ya...ya." kata Ata' pura2 lupa.

Ata' sedar bahwa tepung itu adalah kurnia Allah. Dia telah merubah serbuk kayu pemberian temannya itu menjadi tepung yang sangat baik karna Dia Maha Kuasa berbuat apa sahaja. Itu semua adalah berkat keikhlasannya menolong orang dan mengembirakan orang yang dalam kesusahan.

Benarlah bahwa barang siapa yang mengembirakan saudaranya yang sedang kesusahan Allah akan mengembirakannya. Sebaliknya barang siapa yang yang membuat saudaranya susah,Allah akan menyusahkannya.

Kerjaya Terbaru Ayah Pin...









Cubaan Ayah Pin utk famous dlm bidang nyanyi...jadik rapper ngan nama samaran 'Pin Daddy'..korg try la carik mp3 dia...









haa..pade Torrent² sekalian..sile la cari filem ni..
(credit to Pin Vader)









BEBERAPA FILEM Ayah Pin Yg sedang Meletup bakal meletup pada 2006!! Nantikan~




















Akhir kata...majulah Ayah Pin Untuk Kerajaan Langit xD

Petua Menjawab Telefon

Soalan: haloo, may i speak to aishah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis

Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini, mane la saya tau sape kat sane..

Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap, cakap je lar. buat ape tanye saya.

Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah, bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

Soalan: haloo shah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

Soalan: boleh saya bercakap ngan Bulat?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

Soalan: haloo, tolong panggilkan Ronaldo. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

Soalan: halloo......
Jawapan: haloo ye. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul lar tuh!

renung-renung kan lah

renungkan lah kawan2 ku sekalian:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)......

TETAPI...

KITA JUGA LUPA...

SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah."

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

p/s: Kalau rajin...hmmm..kalu rajin la..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ahli korporat dan orang gila

Di satu pagi, seorang Ahli Korporat hendak pergi menghadiri satu mesyuarat penting syarikatnya dengan menaiki kereta Mercedes miliknya. Ketika sedang memandu kereta Mercedes itu, tiba-tiba salah satu dari tayar keretanya bocor lalu terbabas dan terhenti dihadapan pagar Hospital Bahagia. Dengan sedikit mengeluh, Si Ahli Korporat pun keluar dari kereta lalu melihat tayar keretanya yang bocor. Didapati tayar keretanya bocor akibat terlanggar paku yang entah dari mana datangnya. Tanpa menghiraukan beberapa orang pesakit di Hospital Bahagia itu memerhatikannya, Si Ahli Korporat pun menukar tayar keretanya dengan tayar sementara…

Sesama hendak memasang semula skru tayar kereta tersebut, tiba-tiba keempat-empat skru tayar itu terjatuh masuk ke dalam parit yang kotor dan agak dalam. Sekali lagi Si Ahli Korporat mengeluh lalu melucut baju kod dan tali leher yang dipakai untuk cuba memungut skru yang terjatuh didalam parit tadi. Baru sahaja dia hendak turun ke dalam parit tersebut, tiba-tiba salah seorang dari pesakit Hospital Bahagia itu menegurnya, “Encik, encik… Encik dah pakai baju lawa-lawa, smart, wangi… takkan Encik nak masuk ke dalam parit yang kotor tu?” Si Ahli Korporat terkesima mendengar pertanyaan pesakit itu. Si Pesakit menyambung, “Encik, apa kata Encik cabut salah satu skru pada tiga tayar yang lain tu, kemudian pasang pada tayar yang skru nya dah termasuk dalam parit tadi. Lepas tu nanti, Encik pergi la beli skru yang baru…”. Memikirkan kebenaran kata-kata Si Pesakit tadi, Si Ahli Korporat pun mencabut salah satu skru pada tiga tayar yang lainnya dan memasangkannya pada tayar yang tidak berskru…

Selepas selesai memasang skru tayar keretanya, Si Ahli Korporat memandang Si Pesakit yang menegurnya tadi dengan perasaan kehairanan. Dia berkata pada Si Pesakit, “Kau ni pandai yerk… Macam mana kau boleh ada kat sini?”. Si Pesakit ketawa berdekah-dekah mendengar pertanyaan itu lalu menjawab, “Encik la yang bodoh!... Saya ada kat sini, bukan sebab saya bodoh! Kah…kah…kah…”. Terkejut mendengar jawapan Si Pesakit, Si Ahli Korporat pun masuk ke dalam kereta lalu beredar dari situ…


*Moral: Tak semua yang gila itu bodoh dan tak semua yang betul itu cerdik…

paham x. maknanya org gila tu tgl kat hospital bahagia tu bkn sebab bodoh..tapi dia gila je..

Bertukar tempat?

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.


Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah" Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe... Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.

Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja" Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih.

Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...." Whatttt???... 9 bulan 10 hari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!! ~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang

isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan.

Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....." Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........

Untuk yg Tersayang

Subject: Utk isteri / awek/ kekasih tersayang / Ayang / Anja / Honey /Darling / Dinda / Intan payung / gunung berapi due to world cup fever

1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama?Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 9hb Jun 2006 hingga 9 Julai 2006. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2006 di Jerman. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri
diabaikan dalam masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang.Jika ayang bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut, pastikan ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana
abang takut ayang akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa ayang ke klinik dan juga melayan ayang selepas itu.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak
nak pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?

11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut : sib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka?.

13. Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!. Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.

Suami / bf / kekasih yang tersayang *
* potong mana yang tidak berkenaan.

anak hiperaktif

Joyah mempunyai 3 orang anak yang hiper aktif. Suatu pagi dia bermain "Polis dan Penjahat" bersama anak2 nya... Seorang anaknya menembak Joyah dan berteriak, "Bang! Mama mati." Joyah terhempas ke tanah dan dia tidak segera bangun. Seorang jirannya yang kebetulan melihat kejadian itu segera berlari mendekati Joyah untuk melihat apakah dia mengalami kecederaan ketika jatuh tadi. Ketika jirannya membongkokkan badannya, Joyah yang keletihan ini membuka salah satu matanya dan berkata, "Shhh. Saya tidak apa-apa... tidak usah pedulikan saya. Ini satu-satunya kesempatan saya untuk beristirahat sejenak sepanjang hari ini."

Followers

Stat Counter