Thursday, June 29, 2006

GirlZ DemanD








<--mase mula berkenalan


1st date~~~>










<~~~1st gaduh!dah start boring nii







Lepas Kawin...wahh!!~~~>

handphone games?

Pada suatu hari Mamt mau membeli HP. Setibanya di kedai henpon dia meminta utk mencuba menggunakan HP yang ingin dia beli. Penjual henpon membenarkannye.

Setelah semua sudah dicube dan diperiksa, Mamat bertanya,

"Ini je game yg ade.... sikit sngt la?".

Si penjual menjawab, "Ada satu lagi!".

"Game apa???", kata Mamat.

"Puzzle!", jawab penjual.

"Ha... Puzzle? Tak jumpe pun dlm hp ni? Bagaimana nak dpt game tuh?", tanya Mamat.

Dengan selamber penjual tersebut menjawab, "Hempas je hp tuh sampe pecah, pastu susun & cantum pecahan hp tu. Puzzle kan?".

jika kamu

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakan lagi....



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.....

berbagai lawak ...

Saman.

Seorang anggota trafik sedang menulis saman terhadap sebuah motokar.
"Encik tanya kenapa? Pertama, encik langgar lampu merah, kedua, encik
melebihi had laju, dan sekarang ni, encik parking atas kaki saya! Pedih
tauuu??"......

Pening.

Seorang bos masuk ke opis dalam keadaan sakit kepala. Seorang staf
memerhati keadaan bos nye, lalu bertanya,"Kenapa bos? Nampak macam sakit
jer.?"
"Yer la Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.
"Dua hari lepas saya pun sakit kepala jugak bos, tapi bila balik, isteri
saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami melakukan seks.
Habis saja kami bercumbu sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun
patut buat macam tu jugak la?", terang Semaun.
"Betul ker? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri ngko sekarang,??.

RABA

Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Nurul geram melihat suaminya Helmi yang
nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika
lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar
Helmi. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani
kau raba punggung aku. Rasakan!" Helmi tercenggang melihat keadaan itu
segera berkata kepada isterinya.
Helmi: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu,
percayalah...
Nurul: Ya, saya percaya.
Helmi: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat
penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Nurul: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...

Jamuan.

Pada hari jamuan makan di tadika anak aku yang pertama, aku membuat biskut
untuk dimakan oleh 25 orang pelajar di tadika tersebut. Bila anak aku
pulang dari jamuan itu, aku lihat anak aku bawa balik separuh dari biskut
yang aku buat pagi tadi. Katanya,"kenyang la mak, tak larat la nak makan
semua?


Masalah Ekonomi

Ayah: Kenapa markah ngko nie sikit sangat? Ngko selalu ponteng kelas yer?
Anak: Ayah tau tak, penurunan nilai mata wang dunia memberi kesan kepada
semua benda?

Cincin

Sepasang kekasih sedang ber'dating' di tepi tasik. Tiba-tiba si teruna
mengeluarkan kotak cincin dan melamar si dara. Sudikah kau menjadi
isteriku?
"Macam mana harus ku kata, sedangkan aku mencintai orang lain?" jawab si
dara.
"Cakap siapa jantan itu??"kata si teruna penuh kegeraman.
"Tak mau. Nanti kau pukul dia!" kata si dara ketakutan.
"Mana ada..!? Aku cuma nak jual cincin ni padanya. Mana tau dia ingin
melamarmu nanti?"

isteri curang

Seorang rakan sepejabat telah beberapa kali memberitahu Amat yang isterinya berlaku curang dengan kawannya sendiri.

Melihat Amat seperti tidak percaya dengan ceritanya, suatu hari rakan tersebut berkata, "Mat, kau balik sekarang. Kau pasti akan lihat isteri kau sedang bermesraan dengan kawan kau tu".

Amat pun pulang untuk membuktikannya. Beberapa minit kemudian ia telah kembali dengan wajah lebih ceria, nampak lega.

"Bagaimana Mat?", tanya rakannya tadi.
"Kacau je kau nie. Dia bukan kawan aku. Kenal pun tidak, baru tadi pertama kali aku lihat dia...".

brake bas

Ada seorg warga emas menaiki bas untuk pulang ke rumahnya setelah seharian bersiar2...

Jarak diantara rumahnya dgn bus stand lmemakan masa lebih kurang 45 minit. Setelah 10 minit di dalam bas, pakcik tersebut menekan loceng & xlama selepas tu bas pun berhenti..apabila melihat tiada penumpang yg turun maka pemandu pun meneruskan perjalanan...

Pak cik tersebut menekan loceng bas berulang kali menyebabkan bas berhenti banyak kali tetapi tiada penumpang yg turun. Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan pemandu bas..lantas pemandu tersebut memberhentikan bas dan bertanya dgn nada yg marah.. "Siapa yg suka2 tekan loceng bas nie..hah!!!"

Apabila mendengar pertanyaan pemandu tadi..pakcik tersebut pun bangun & mengangkat tangan menandakan dia yg melakukan perkara tersebut..

Pemandu : Kenapa pakcik menekan loceng..bila bas berhenti kenapa pakcik tak turun??
Pakcik : Saya menekan loceng bukan nak turun tapi saya nak memastikan brake bas terletak di mana, sekarang baru saya tau brake bas terletak di loceng sbb bila saya tekan jer loceng..bas mesti berhenti..!!!

Hehehe...

lawak bolasepak

Suatu hari, perlawanan bolasepak diadakan antara pasukan Pencuri melawan pasukan Usahawan. Ketika rehat separuh masa pertama.. kedudukan 0 untuk pasukan pencuri dan 3 untuk pasukan Usahawan.. sehingga menyebabkan jurulatih pasukan Pencuri naik berang.

Jurulatih : "Bodoh.. kamu ni lawan pasukan tu pun boleh kalah? Apa kamu semua cuma pandai mencuri aje?"

Kapten : "Kalau begitu, saya cadangkan kita main kasar saja. Aku jamin pengadil tidak akan mengeluarkan kad apapun."

Jurulatih : "Kenapa kamu begitu yakin?"

Kapten : "Iya, sebabnya aku baru saja mencuri dompet berisi kad merah dan kuning dari poket pengadil tadi.."

---------------------------------


Yahya : "Kami akan bermain bola sepak. Mahukah kamu Join kami?"

Iwan : "Boleh jugak.. tapi saya tidak pandai bermain bola sepak..."

Yahya : "Tiada masalah... Kami hanya perlukan kamu menjadi penonton...."

kejujuran?

Suatu ptg, seorang pemuda datang ke sebuah restoran KFC dan membeli 9 ketul ayam. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis.

Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut. Bukan ayam yang didapatinya, melainkan segumpal wang hasil penjualan restoran itu. Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya.

Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelepon wartawan surat kabar dan tv agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan diikuti org lain!

Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu. Aku hanya ingin ayam gorengku."

Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya.

"Aku tidak mengerti" kata pemilik restoran. "Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur! Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahwa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar. Saya mohon, beritahukan nama Anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isetrimu?"

"Itulah masalahnya," kata si pemuda. "Isteriku ada di rumah. Wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapat pergi dari sini."

cecahkan (bukan cicah tau) dahimu ke sejadah

Sama2 kita ambik iktibar yea .... insyallah


Cecahkan dahimu ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh
tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi
segumpal darah Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga....

Permulaan ~

ehe...aku saje saje wat blog ni..anyway blog ni dicipta ntuk fowarded email/posting forum yg aku jumpe and aku kumpulkan dalam ni..

Wish me Luck Kay~

Followers

Stat Counter