Sunday, August 16, 2009

kajian stress

Gambar dilampirkan ini adalah satu bahan yang digunakan untuk
satu kajian STRESS, di hospital St Marry, Birmingham, London..

lihat kedua dua dolphin yang melompat dari air tersebut,
kedua dua dolphin tersebut sebenarnya serupa,
penyelidik mendapati, jika seseorang itu mendapati kedua dua dolphin tersebut berbeza, bermakna ia telah stress,
lagi banyak perbezaan dilihat, lagi berat stress yang ada pada mereka.

Jadi sesiapa yang melihat terlalu banyak perbezaanya, dinasihatkan kemas barang, shutdown komputer dan balik untuk berehat.

Akibat kejatuhan ekonomi

Pengakuan Liana

Sungguh memalukan!!

Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!, Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.

Menyesal???? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak! herdik bapak Liana.

Sudahlah bang, mak Liana menyampok, Kita bincangkan sekeluarga.

Nak bincang aper lagi? ...anak awak nie dah mengaku...... issshhh....... balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.

Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia
gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown? (Sigh).

Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon. Liana dah nekad apa terjadi.... jadilah..... Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.

Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata. Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat..... dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!........ dia terbang???.

Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!, dia memekik keriangan.

Finally dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of height... sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi... selama ini dia takut..... ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya.... Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian. Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani.... dia dah boleh terbang...

p/s:apeda..burung rupenye~

Thursday, August 13, 2009

Movie ?



Tiger Show














Asian Harry Potter








how to get 6 pack in easy way

eskulator










bas sekolah india

kirimkan berita segera!

"Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat.. Setelah Dua hari berada dipulau itu... tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah... dan beberapa lagi cedera parah..

Petang itu... Pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada dipulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan didalam akhbarnya...

"KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar...

Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut...

Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan... bunyinya:

"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"

Followers

Stat Counter

Copy Is Right - Senyum Selalu,ia bagus buat dirimu dan diriku