Sunday, October 15, 2006

Belimbing

Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku". Dikalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian "Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu" mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil berkata "Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan aku kan,.. silakan bawalah berapa ramai sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka" Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh.

Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandingan pun bermula. Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata "Aku beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata durian dengan sombongnya. Maka dihempap lah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua. Durian yang agaak terkejut dan merasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi. Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut "Hoiii... mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku..."

Moral : Jangan suka mencabar tanpa usul periksa.

Ujang

Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer.

One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara..

" Amer.. nok ujang.."

"Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer.

"Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa.

" Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Amer.

"Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras.

"Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??"

Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.

"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Abu jawab..

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.

buta Warna

Seorang guru yang diberi tugasan penting telah membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada pelajarnya.
Guru : Arif tolong cikgu ye kerana banyak kerja yang cikgu kena lakukan.
Arif : Baik, cikgu.
Guru : Tolong pergi ke bilik guru, ambilkan cikgu fail berwarna kuning di atas meja cikgu.
Arif : Fail kuning muda atau kuning terang?
Guru : Kuning muda.
Arif : Fail besar atau kecil?
Guru : Di meja cikgu hanya ada satu sahaja, fail kuning. Ambil sahaja yang bewarna kuning.
Arif : Tadi cikgu kata kuning muda, kenapa pula sebut kuning saja?
Guru : Fail kuning muda!.
Arif : Oh, kuning muda. Kuning muda tu macam mana cikgu?
Guru : ???

Lain Rupa

Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah ketika merayakan ulang tahun perkawinan mereka yang ke-50. Ulang Tahun Perkawinan Emas dengan 8 anak, 28 cucu dan 2 cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut, si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan kemudian menoleh ke arah isterinya dan bertanya, "Ada satu hal yang ingin ku tanyakan pada mu sejak sekian lama. Tapi aku merasa tidak selesa, jadi pertanyaan ini belum pernah ku lontarkan. Tapi malam ini, malam istimewa jadi... ada baiknya aku tanyakan sekarang..."

"Apa sayang? Tanya saja. Kenapa mesti tidak selesa?", kata isterinya.

"Begini... anak kita yang nombor 4 tidak mirip kepada adik beradiknya yang lain. Apakah ayahnya berbeza?"

Isterinya terkejut mendengar pertanyaan tersebut.
Ia menundukkan kepala dan tidak sanggup menatap wajah suaminya. "Ya.....," katanya mengaku, "Ayahnya berbeza."
Hening....... Mata si suami di genangi air mata... "Ooh...," katanya sambil menahan sebak di dada, "Kalau begitu, boleh tak aku tahu siapa ayahnya?"

Hening lagi...dengan keberanian yang tersisa, si isteri menjawab, "Kamu...."

aku kah yang angau

'Siti', S.I.T.I, Siti, nama itu sentiasa meniti dibibir setiap lelaki jantan di kampung aku. Aku juga sudah hafal nama itu, sudah hafal rupa gadis itu, dan dah beribu kali aku "berdating" dengan Siti dalam mimpiku. Nama itu jugalah yang telah menjadikan tiga orang sahabat sejati, iaitu Aku, Tapa dan Bidin angau. Antara Bidin, Tapa dan aku dah tak bertegur sapa lagi. Masing-masing bawa hal sendiri.

Semuanya kerana kehadiran pembantu kedai makan Pak Dol yang cun itu, Siti Nurhaleeda. Bahkan bukan tiga sahabat itu saja, malah hampir kesemua orang kampung tak nak bertegur kerana melayan perasaan terhadap Siti. Begitulah bertuahnya Siti. Lenggok Siti dipandang, body Siti tak puas mata memandang. Bagi kaum ibu pula merasa runsing dengan kehadiran Siti. Mereka takut bermadukan Siti. Maka tak kuranglah pula suri rumah yang mula pasang badan semula untuk menambat kembali hati suami mereka. Suami pula dilayan sebaik mungkin agar suami lekat di rumah. Kalau boleh gam cap gajah nak dilekatkan dibuntut suami agar suami tak keluar rumah.

Begitulah kesannya tentang kehadiran Siti. Sehinggalah suatu hari, seorang lelaki berbadan sasa datang kekampung, di warong pak Dol, ia terhenti. Mungkin dia terpegun dengan suasana dalam kedai yang penuh dengan umat manusia laksana ada kenduri. Aku pada ketika itu sedang menikmati Kopi O yang dihantar oleh buah hatiku, Siti. Kalau boleh nak ku habiskan sekali tegok saja, tapi apakan daya kopi tu panas. kalau tak, bolehlah aku order lagi sambil menatap wajah ayu Siti."Boleh aku duduk sini?" lelaki itu bertanya kepadaku. "Silakan " jawabku ringkas sambil menjeling kepada pemuda tersebut. kalau nak banding dengan aku, ternyata dia lebih hansem dan macho dari aku.

"Saudara nak minum apa?" aku bertindak sebagai pelayan pula, takut aku nanti kalau Siti datang menanya dia tergoda pulak dengan kehenseman pemuda tersebut. "Teh Tarik" jawab pemuda itu ringkas. Aku bergegas mencari Siti di dapur untuk menyatakan hajat pemuda itu nak minum air teh. Pemuda itu memperkenalkan dirinya sebagai Adika dan menceritakan tujuannya datang kekampung ini iaitu untuk mencari adiknya. Belum pun sempat aku menanya tentang adik Adika, Siti datang melenggok menghantar teh. Kelihatan Siti agak terkejut memandang Adika dan cawah teh jatuh berderai ke lantai. "Ooooo, sini ko rupanya, "Jerkah Adika. Siti terketar melarikan diri ke dapur. Orang ramai pula tertumpu ke meja aku dan Adika. Ada yang memandang tak berkedip mata kearah Adika dan ada yang menggenggam penumbuk. Maklumlah buah hati di usik orang. Masing-masing nak tunjuk hero.

Adika menenangkan keadaan dan berkata yang Siti itu adalah adiknya. Aku tersenyum bangga kerana akulah lelaki pertama berkenalan dengan abang Siti, mesti saham aku naik. Tapa dan Bidin memandang kearah aku, mungkin sedikit kecewa kerana aku mendahului mereka mengenali abang Siti. Tanpa segan silu aku membahasakan diri sebagai adik dan memanggil Adika abang dan menyatakan hasrat aku untuk menyunting Siti. Jawapan ringkas dari Adika ini membuatkan aku rasa bagai dihempap pokok ketapang, malah aku yakin seluruh penduduk kampung lelaki berperasaan demikian.

"Ko nak jadi umat nabi Luth ker? Siti tu sebenornya jantan, nama dia Leman, tapi suka jadi pompuan".

Begitulah kata kata keramat yang mempunyai unsur sihir yang menyebabkan semua penduduk kampung seakan menjadi batu. Semuanya terkedu, semua harapan hancur bagai kaca terhempas ke batu!

Pak Pandir naik kapal Terbang

Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar...".

Makcik dan Pil perancang

Seorang makcik yang sudah berusia memasuki bilik doktor. Ketika doktor bertanya maksud kedatangannya, makcik itu menjawab, "Doktor, saya ingin membeli beberapa pil perancang keluarga!"

Sambil menahan tawa, doktor itu bertanya, "Makcik kan sudah lanjut usia, untuk apa makcik membeli pil perancang lagi?"

"Oh, pil-pil itu dapat membuat makcik tidur dengan nyenyak di malam hari."

"Macam mana boleh jadi begitu?"

"Betul, doktor. Setiap pagi saya mencampurkan pil itu ke dalam jus oren anak perempuan saya yang sudah dewasa. Dan di malam hari, saya dapat tidur dengan nyenyak."

Katil

Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!

Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai.Datang jumpa saya tiga kali seminggu.

Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?

Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.

Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?

Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.

Doktor: Ya..bagaimana?

Malek: Dia suruh saya potong kaki katil....

Laporan Mekanik Honda City

Selamat pagi semua! ini antara berita menarik hari ini:-

Berikut ialah laporan pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta HONDA CITY yang telah dipandu uji oleh Datuk K.

1. Minyak pelincir tak sesuai kerana terlalu cair

2. Piston agak lemah kerana daya kemutan blok yang kuat

3. Pintu bonet agak ketat

4. Horse power agak rendah

5. Terdapat kesan calar pada lubang ekzos

6. Datuk K hanya mampu memandu selama 2 minit sahaja

Rajin Ke Kubur

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand . Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Mother In law Joke~

A married couple was in a terrible accident where the man's face was
severely burned. The doctor told the husband that they couldn't graft
any skin from his body because he was too skinny. So the wife offered
to donate some of her own skin. However, the only skin on her body
that
the doctor felt was suitable would have to come from her buttocks. The
husband and wife agreed that they would tell no one about where the
Skin came from, and they requested that the doctor also honor their
secret.

After all, this was a very delicate matter. After the surgery was
completed, everyone was astounded at the man's new face. He looked
more
handsome than he ever had before! All his friends and relatives just
went on and on about his youthful beauty!

One day, he was alone with his wife, and he was overcome with emotion
at
her sacrifice. He said, "Dear, I just want to thank you for everything
you did for me. How can I possibly repay you?"

My darling," she replied, "I get all the thanks I need every time I see
your mother kiss you on the cheek."

Suami terbaik

Suami Terbaik
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab esklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut:

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm ... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping kompleks dua blok dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru... cantik bang, boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price ... lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu."

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi ..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan...pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu ... cantik kan bang."

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000 ... O.K. kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu..."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye! I love you !!!"

"Bye ... I love you too ..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone ... sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Followers

Stat Counter